Monday, November 30, 2009

festival anggerik shah alam ke 16


FASA16

bermula jumaat ni (4 disember) sehingga ahad (6 disember) festival anggerik shah alam berlangsung dengan jayanya di ruang legar SACC Mall dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

macam-macam acara menarik berlangsung seperti jualan anggerik murah, pameran setem dari pengumpul tersohor malaysia, pertandingan anggerik yang dikelaskan kepada 12 seksyen.

menurut sumber yang dipercayai, acara akan dirasmikan oleh YB Elizabeth Wong EXCO Selangor dimana pada hari tu juga akan berlangsung majlis penyampaian hadiah bagi hybrid, spesis dan pokok terbaik. dan YB Eli juga akan dapat hadiah dari presiden kelab anggerik shah alam, Dato Anuar Bashah.

untuk maklumat lanjut boleh hubungi elly faheda 03-5522 2836

pertukaran lokasi URBAN CAMP

borang urban camp yang terbaru

lokasi perkhemahan terhebat di selangor telah berubah tempat dari taman tasik seksyen 7 kepada LAMAN BUDAYA shah alam dia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

kepada yang dah isi borang yang lama. penyertaan tetap diterima. borang baru ini pun tukar sikit-sikit je.

Monday, November 23, 2009

program urban camp

borang urban camp


semalam si shahrul nizam ada mintak design borang urban camp ni. tapi semalam aku sibuk bagai nak mati. jadi aku siapkan hari ni. dan borang ni boleh diisi dengan kadar segera dan hantar ke jabatan korporat mbsa.

ini programnya


dan di atas ini adalah susunan programnya yang baru aku dapat. kalu ada maklumat terbaru aku tak upload sinilah. korang call lah sendiri shahrul nizam 03-5522 2732

Sunday, November 22, 2009

risalah disember 2009

hari ni aku sibuk siapkan risalah bulan disember 2009. proses menyiapkan risalah ini bermula dari pencarian maklumat secara am oleh puspasari seawal 15 haribulan. kemudian info lain akan ditambah oleh aku, fuaza, puan asmah dan pegawai-pegawai lain.

design, susunatur, konsep dan kerja-kerja teknikal lain akan diuruskan oleh aku sepenuhnya. ayat-ayat sedap dan bahasa-bahasa bunga kemudiannya akan dibetulkan oleh aku, fuaza dan puan asmah.

aku biasa akan draf design dulu. dan proses akhir akan dilihat oleh fuaza dan pn.asmah. bab cetak akan dihantar ke syarikat pencetak luar dengan cetakkan sebanyak 10 ribu naskah sebulan.
di depannya

ni belakangnya

aku suka buat design risalah ni sebab macam-macam idea aku boleh curah, siram kat risalah ni. tapi kadang-kadang tu maklumat yang nak masuk tu lambat dapat. bila nak cetak, ada maklumat baru confirm. ada jugak bila dah masuk dalam risalah program kensel pulak. jadi hal macam ni melambatkan prosesnya. kalaulah maklumat yang nak masuk tu boleh dapat awal dan lengkap pasti menyenangkan (cth: risalah bulan januari 2010 dapat maklumat lengkap 1 disember 2009).

kadang-kadang ada yang tanya kenapa tak dapat awal macam majalah astro tu. jawapan yang aku boleh berikan majalah astro tu program tvnya diselenggara oleh kakitangannya sendiri. program tahun depan pun boleh siap awal sebab ianya melibatkan kakitangan sendiri. macam risalah bulanan MBSA tak macam tu. maklumat kita berdasarkan orang lain. masjid negeri, JAIS, perpustakaan, stadium dan semua oranglah yang menganjur program di shah alam ni. jadi itu masalahnya. bila tanya boleh masuk ke tak. tak finalize la. tak confirm la. acara ubah tempat la. jadi hal-hal macam tu melambatkan.

kadang-kadang tu pulak, dah ada maklumat aku pulak sibuk buat kerja lain. ada pelawat datang la. ada 5s la. ada risalah segera nak siap la. ada borang segera nak keluar la. ada poster segera nak tampal la. ada bahan meeting segera nak cetak la. hal-hal macam tu pun melambatkan kerja. macam tu la kisahnya.

*sibuk-sibuk pun sempat gak aku tulis blog.

Thursday, November 19, 2009

borang program cuti sekolah

the borang

pagi tadi pn. asmah ada betulkan poster blackboard aku. sikit-sikit je. tambah itu buang ini. dan boleh proceed. aku risau sikit buat poster full color ni sebab print guna HP laserjet ni membuang ink banyak.

tengah hari tu en. shahrul nizam ada beritahu dia ada buat borang pertandingan tu dalam word. tapi tak cun. dia nak aku make-up cun dalam illustrator. aku sebenarnya malas nak tolong-tolong ni. sebab kerja aku pun banyak. tapi lepas discuss dia kata borang ni cuma sekeping A4 1 side je. ok je lah

dan di atas itu adalah borangnya. semua warga malaysia yang masih bersekolah wajib hadiri kelas tambahan ni. dah la 20 ringgit je satu subjek. pastu dapat pengetahuan baru. kalau kat luar tu aku ingat mau 100 ringgit satu subjek.

kelas silat tu yang akan diajar oleh Rina Jordana Adnan. pesilat negara yang meraih pingat emas dalam silat olahraga dunia. korang bayar 20 ringgit je bole lawan dengan pesilat negara. ingat senang ke nak dapat peluang macam ni.

kelas-kelas bahasa diajar oleh cikgu dari pusat bahasa UiTM. korang dah macam student UiTM tau. ingat senang ke nak belajar kat UiTM.

downlaod borang ni. print dan isi beserta sain mak ayah. pastu bawak 20 ringgit datang ke jabatan korporat MBSA tingkat G (ground) dan cakap kat "saya nak belajar kelas bahasa cina acik?" nanti kami akan uruskan.

dah baca blog ni terus sms mak ayah. jangan lupa.

Tuesday, November 17, 2009

hari ni aku lewat

sampai di pejabat hari dah tinggi. pergi klinik dulu. dan terus tunjuk design papan hitam semalam kat puan asmah.

ekspresi pertamanya "uii hijaunya!"
"nanti saya gelapkan lagi la!" aku faham maksud 'hijau' dia tu. monitor aku ni pun satu hal. dia gelap dari hasil kat printer. jadi hijau gelap yang keluar dari printer akan nampak hitam kat monitor.

dan ni hasilnya pada sebelah petang
da final


elly juga ada minta design black & white untuk flyer FASA 16 dia. dan ini hasilnya sejam kemudian.
flyers da final FASA 16


sempat juga kumpul info untuk risalah bulan disember. esok cuti pulak. puspa carikan info untuk risalah tu. lusa la buat.

Monday, November 16, 2009

program cuti sekolah akhir tahun

the poster


sebelum pulang hari ini (isnin) sambil penyusun kerja untuk esok. tiba-tiba dengan tidak sengaja sebijik mentol telah menyala atas kepala.

maksudnya : idea sudah mari!

asalnya nak balik awal. akhirnya terlewat ke isyak. tapi siaplah satu kerja. iaitu menyiapkan satu design poster sempena program cuti sekolah akhir tahun bagi warga shah alam.

ceritanya jabatan korporat akan mengadakan kelas-kelas tambahan bagi para pelajar yang berminat untuk ;
1. belajar bahasa mandarin
2. belajar kelas bahasa arab
3. speech & drama
4. Choral speaking
5. silat
6. blajar main drum dan kompang

terbuka kepada pelajar 7 - 17 tahun. yuran rm20 ringgit. satu sessi 2 jam dan belajar 2 kali seminggu.

ini sekadar draf dan design mengarut ngarut. esok kena tunjuk kat bos. walaupun pasti ada pembetulan sekurangnya susutlah sikit satu kerja.

hari isnin yang mendung

flyers FASA 16

malam tadi kenduri sempena keberangkatan mama babah ke tanah suci dan sampai rumah pukul 3 pagi. badan sangatlah penat. kaki rasa nak tercabut. badan rasa nak patah. cadang nak cuti je. tapi tengoklah macam mana.

tepat pukul 8.30 aku dah terpacak depan punch card macam biasa.

ingat nak cuti. kensel jelah. bila pikir banyak kerja. tak jadi cuti. badan memang sakit tahan jelah. rasa macam nak demam pun ada.

planning kerja hari ini hantar 10 banners memancing kepada pencetak. siapkan borang memancing dan flyers festival anggerik. pencetak dah janji untuk ambik cd petang karang.

pagi ni pulak komputer ni mula meragam. 6 kali restart mengejut dalam masa 2 jam. parah ni! antivirus pun takde. dulu ada avast. memula ok. lama-lama update pun virus pun dah tak boleh. komputer rasa makin slow je. lama-lama suruh ICT buang. ganti dengan AVG. pun macam tu gak. last-last buang jugak.

bermula april 2009 sampai hari ni takde anti virus pun di komputer. risiko memang tinggi. ibarat seperti valentino rossi berlumba motor, tapi tak pakai helmet!

hari ni kemuncak virus.

dengar kata kapaski ok. mbsa pun memang ada beli kapaski ori. tapi nanti bila suruh ict install~ komfom lambat. kerja ni nak siap cepat. pikir-pikir lepas sarapan pagi terus download trial version kat internet. agak-agak takde masalah baru install yang ori punya.

jadi sambil-sambil tu siapkanlah kerja yang dijanjikan. air-cond opis pun boleh tahan sejuk. hari ni seharian hujan dan aku tak kemana-mana sebab kaki sakit nak berjalan-jalan.

menjelang petang cd dah siap. dan terus hantar ke mencetak. pn asmah ajak berbincang tentang program 'urban camp' sempena pelancaran tasik seksyen 7. lebih kurang macam program hari kanak-kanak sedunia di tasik kota kemuning beberapa bulan yang lepas.

kerja pun dah makin menimbun. komputer pun macam dah kebah dari demam. harap-harap esok oklah. banyak nak buat ni.

things to do;
1. FASA (flyers je dah siap. yang lain belum)
2. Memancing (banners dan borang dah hantar)
3. Sahabat taman astik (belum start lagi)
4. Program cuti sekolah (dah design separuh)
5 Urban camp (belum start lagi)

Friday, November 13, 2009

konsep design festival anggerik

badan lesu sebab pulang lewat kira-kira jam 11 malam. kuliah maghrib malam tadi memang seronok la. penceramah ustaz suhaimi. dia seorang pakar penasihat keluarga kat JAIS. kitorang bagi tajuk Haji. dia cerita banyak pasal masalah nikah cerai dan sikit pasal haji. dengar cerita hal orang yang takde ilmu agama ni memang takut. cerai sampai 40 talak pun ada. kisah menantu berzina dengan mertua ada.

dan yang paling menarik, ust suhaimi ni buat kuliah sebagai kerja sampingan. skali yang datang malam tadi bos dia daa. yang bestnya bos dia pun tak tau anak buah dia ni ada part time luar. pandai-pandai jawab la ustaz.

jadi hari jumaat yang mulia ni aku menyusun kerja yang tertangguh. awal pagi cik nisa dari jabatan taman tanya pasal map tasik untuk perasmian yang aku copy kat dia semalam. aku suruh dia call hisham sebab dia yang mintak map tu. aku cuma touch-up je.

sampai di pejabat perkara pertama adalah map tasik tu. dan aku dah serahkan kat en.shahrin untuk dibawa meeting petang nanti. sebelum pulang semalam aku ada menyiapkan aturcara untuk delegasi surabaya yang akan datang jam 9 pagi ini. dan aku dah buat 20 salinan.

setiap pelawat yang datang kami akan tunjukkan video korporat MBSA atau multimedia presentation. sepatutnya aku yang akan jaga slide tu sebab assazale pergi ceramah haji. rupanya ceramah tu mingu depan. jadi aku takdelah jaga slide.

pagi ni aku menyiapkan banners pertandingan memancing yang akan diadakan pada 20 disember dan borang pertandingan.

banners

borang

design ni cuma tukar tarikh je. recycle design tahun lepas. bos taman suka. takdelah pening kepala sangat.

kemudian aku dan kawan-kawan diminta ke nyonya kitchen di shah alam mall untuk memenuhkan ruang makan sebab jabatan menyediakan makan untuk 20 orang bagi delegasi dari surabaya yang datang pukul 9 tadi. tapi yang datang hanya 10 orang saja. langkah kanan tu. ok je. dan kemudian solat jumaat.

petangnya aku diberitahu banners PeBT yang aku tempah 2 hari lepas dah ada di pejabat. jadi esok pagi diorang dah boleh bawak ke dusun eco resort dan pasang di pintu hadapan.

aku juga ada kirim magnet peti ais dan keychain cenderahati dari sana.
"kitorang pegi buat keje la. bukan pegi bercuti" jawab fuaza.
"ala. mesti ada jual punya la" aku balas sambil gelak-gelak.
"aku nak strawberry dengan batik terengganu!!" jerit assazale
"allahhh..."
"ala beli ajelah. nanti kitorang bayar la"
"dalam hutan mana ada kedai" fuaza malas nak layan
"adaaa!!!" jerit kitorang

menjelang petang aku terus merancang untuk bikin flyers festival anggerik shah alam yang akan berlangsung pada 4 disember di SACC mall. sebenarnya flyers ni kerja permulaan. kemudiannya aku kena buat banners, bunting, replika cek, buku program, sijil, tag pemenang dan banyak lagi.

konsep design kena ada. logo benda pertama kena buat. baru flow kerja yang lain-lain akan design yang sama. setiap tahun festival anggerik shah alam ini (FASA) akan sentiasa berlogo baru. kerana nak nampakkan kelainan walaupun aktivitinya sama aje setiap tahun. jual pokok. anggerik tercantik. pameran setem. tapi jangan main-main FASA tahun lepas dirasmikan oleh keluarga sultan selangor.

ini adalah fliers tahun lepas
dan ini adalah idea dan konsept yang dalam pembikinan. masih raw lagi.

logo dan text FASA 16 tu aku akan kekalkan idea yang begitu cuma akan tambah info kat bawah la seperti acara yang menarik. tarikh masa tempat. hubungi sapa. dan cantik kan sikit-sikit.

korang nampak design ni cam senang je aku buat. 3 jam dah siap raw design dan konsep nampak solid. sebenarnya semua ni perlu pengalaman yang banyak. masa aku mula-mula buat design ada aje yang sakit kat mata aku. apatah lagi mata orang lain. masa memula belajar dulu buat konsep je satu semester. scatch la. brainstorming bagai. research berhari-hari. try error. last-last design kena hentam masa presentation.

tapi benda-benda macam tu jadi pengalaman. sikit demi sikit aku develop skill. dengan inisetif sendiri beli buku design kat kinokuniya kat KLCC. rajin research design orang lain kat web. dalam bab design ni idea nombor satu. walau skill komputer hebat pun. tapi idea takde. boleh termenung satu hari. aku pernah kena macam tu.

bak kata arwah yasmin ahmad ~ idea itu tuhan yang beri! dulu dia juga pernah tercakap idea filem / iklan itu dia yang punya. last-last allah tarik kejap je idea itu dan yasmin kata dia blur hampir 2 bulan takde idea. bila dia muhasabah dan betulkan kesilapan alhamdulillah idea tu datang mencurah.

aku paling takut takde idea. dan kisah yasmin ini memotivasikan aku. jangan lupa tuhan. sebab dia bagi kita semua benda. alhamdulillah aku sentiasa ada idea untuk buat design walaupun kerap pening kepala macam mana nak buat bagi cantik.

orang nak tengok benda yang cantik. diorang tak peduli macam mana kita nak hasilkan benda yang cantik. yang penting benda tu nampak cantik. samalah halnya dengan fotografi. orang nak tengok gambar cantik. lantak la fotografer tu nak terbaring ambik ke. angle pelik-pelik ke. snap celah langsir ke. yang kita tau gambar tu jadi cantik.

dan benda yang cantik perlu seseorang yang pakar hasilkan.

itulah bila si budak praktikal UNISEL datang untuk mintak pandangan aku tentang final projek design dia. aku sengeh-sengeh je.
"pikir la sendiri!" marah aku.
"malas la abg ajua"
"kalau malas lepas grad ni ko kawen je la. tak payah jadi designer" dan petang tu kepala aku kena baling pemadam dengan dia.

bagi aku yang penting ada minat. takpe kalau sibuk atau takde laptop. tapi ada minat nak jadi designer. tapi kalau malas! habis la. cuba david beckham malas nak sepak bola. dia cuma rajin kilatkan tayar kereta bentley dia. habis la karier dia. sama gak kalau malas nak makan. jadi lapar la.

ada yang kata orang seni ni gifted. betul jugak. sebab seni ni subjektif. dia tak seperti doktor, jurutera, pilot ~ kerja berdasarkan teori dan buku. kalau ikut buku beban lebih sangat bangunan jadi runtuh. buku kata begitu. tapi orang seni takde teori. semua ikut kreativiti je. dan itu istimewanya.

ok jumpa lagi

Thursday, November 12, 2009

kuliah maghrib di kediaman datuk bandar

hari ni sampai agak awal 8.15 pagi dan terus membantu en. shahrin mencetak kenyataan akhbar di tempat aku. kerana beberapa pegawai mendapat komputer baru dan tidak disetup printernya. jadi tempat aku menjadi tumpuan.

semalam hisham ada mengingatkan tentang map tasik seksyen 7 yang dia minta. dan pagi itu aku terus ke jabatan taman dan berjumpa dengan cik nisa untuk minta salinan soft copy.

sesampainya di pejabat aku terus mencetak map tasik seksyen 7 untuk mesyuarat pada petang ini. aku juga sempat membuat buku aturcara pelawat OIC yang akan tiba petang ini jam 2.15 petang. salinan draf telah diberi kepada en. shahrin.

sarapan pagi di cafe dan kemudian terus ke jabatan taman untuk bertemu dan bermesyauart dengan pn. watie. pelbagai perkara yang dibincangan terutama program yang akan berlangsung pada disember ini. puan watie ada meminta aku mencetak borang pertandingan memancing beserta 10 banners. di samping itu juga pihak jabatan akan
mewujudkan sahabat taman tasik. maka design borang dan logo akan diedarkan pada hari pertandingan memancing.

draf design perlu ditunjukkan kepada pengarah jabatan taman untuk disahkan. program 25 tahun taman tasik yang akan berlangsung pada may 2010 juga masih banyak pembetulan. terutama dari segi tentatif dan borang.

sampai di pejabat beberapa orang telah menunggu untuk menggunakan printer. antaranya pn. majidah dari jabatan taman (gambar kerosakan taman). cik nisa jabatan taman (powerpoint program tasik), puspasari dan assazale (memo). aku juga mencetak 50 keping sijil penyertaan PeBT dan 70 keping tag peserta bagi program sabtu ini.

draf pembetulan aturcara pelawat OIC telah diterima dan aku terus mencetak 40 salinan untuk majlis petang ini. untuk kuliah maghrib malam ini sebanyak 6 table tag 'khas' telah dicetak untuk dibawa bersama.

pn asnani dan pn zura da meminta pembetulan bagi slide powerpoint ceramah fasilitator PeBT. azriemy dari ICT meminta raw copy LED arak kerana dia cakap fail yang aku bagi 'pecah' kat LED. nanti dia yang akan adjust sendiri.

assazale juga ada meminta cetakkan petunjuk arah ruang solat, tandas dan lain-lain dalam saiz A3 untuk dipasang pada kuliah maghrib. pada sebelah petang pula aku membantu mardiana dan assazale di dewan renantanda kerana ada pelawat dari OIC. kebetulan pulak ada seorang pelawat nak pergi solat. maka terpaksalah aku
membawa dia bersolat di tingkat 14. namanya mohammed bukhari ahmed ali dari sudan dan bekerja di jeddah sebagai pakar promosi pelaburan di bank pembangunan islam arab saudi.

kemudian aku menyiapkan buku aturcara pelawat delegasi kota surabaya yanag akan singgah di MBSA pada pukul 9 pagi esok. kemudian terpaksa memberi peluang en shahrin dan beberapa kakitangan lain menggunakan printer. komputer baru en.shahrin masih tidak boleh mencetak lagi. dah masuk 2 hari.

zura ada meminta aku cetak program tahun 2010 dan pada jam 5.00 petang kebanyakkan kakitangan dah pulang kerana malam ni ada kuliah maghrib di kediaman rasmi datuk bandar. jadi aku dah boleh mulakan kerja yang tersangkut dari tadi kerana banyak gangguan mintak print tadi.

hujan sangat lebat dan aku akan tumpang assazale untuk ke kuliah maghrib pada jam 6.30 petang nanti. tapi sebelum itu kena cepat selesaikan kerja yang tertangguh.

things to do;
1. aturcara delegasi lawatan kota surabaya
2. program cuti sekolah (email dari pn. asmah)
3. risalah bulan disember 09
4. pertandingan memancing
5. borang sahabat taman tasik
6. pembetulan borang simposium 25 tahun tasik shah alam
7. susunan khemah untuk map perasmian tasik seksyen 7

Wednesday, November 11, 2009

Persiapan PeBT

hari ini aku menyusun kerja untuk persiapan bengkel hala tuju pelan pembangunan penggerak belia tempatan (PeBT) shah alam yang akan diadakan di dusun eco resort bentong pahang.

banners telah dihantar ke printer pada jam 10 pagi. dan boleh diambik esok seperti kata wakil syarikat tersebut.

aku juga perlu siapkan sijil peserta sebanyak 60 keping dan tag nama untuk 70 orang. urusetia 10 keping. fasilitator 5 keping dan peserta 55 keping. cetak in-house.



tengah hari cik elly faheeda dari jabatan taman ada call berbincang tentang program festival anggerik yang akan berlangsung pada 4 disember. biasalah minta design untuk konsep, bunting, banners, buku aturcara, backdrop, tag pemenang, tag peserta dan ratusan design lagi. mungkin esok atau lusa projek festival anggerik akan bermula.

puan watie dari jabatan taman pun ada ajak mengadakan perbincangan secara rohaniah dan intelektual mengenai hal-hal semasa, politik dunia dan sukan antarabangsa termasuk pertandingan memancing yang akan diadakan disember ini. mungkin ada sisa kuih raya yang boleh dijamah sama semasa perbincangan itu nanti.

menjelang petang sijil PeBT dan tag nama telah lulus untuk dicetak. cetakkan bermula esok pagi.

puan nani ada meminta bantuan teknikal.
soalan : bagaimana nak masukkan borang dalam ms word ke powerpoint?
jawapan : sebenarnya takde tool khusus untuk itu. hanya boleh convert doc itu ke dalam jpg dan copy paste ke dalam powerpont. jadi kaedah convert doc ke jpg dengan cara print screen dan open fail ke dalam photoshop. save jpg. satu muka surat untuk satu fail. jika 12 muka. maka 12 fail.

pulang jam 6 petang

Meeting Jabatan

Sampai di pejabat aku diarahkan oleh en.shahrin untuk membuat kad jemputan program kuliah maghrib yang dihoskan oleh jabatan korporat khamis ini di kediaman rasmi datuk bandar. selang berapa minit kemudian zura meminta copy powerpoint ahli jawatankuasa pilihan yang aku buat dulu untuk puan asmah.

fail tu pun dah lama kena search dulu. kemudian baru pergi mesyuarat jabatan. ingatkan dah mula. rupanya tengah makan meehoon goreng dengan teh o suam. meehoon dia tak banyak isi tapi teh o dia memang sedap.

agenda aku tak banyak kerana aku kerja dengan efisyen dan penuh dedikasi. isu arak yang pn asmah mintak masuk dalam LED seksyen 9 dah aku bagi kat ICT minggu lepas. dan aku nampak azriemy menyalin slide tu ke dalam pc dia.

mungkin sebab jabatan ICT tengah direnovate besar-besaran. jadi mungkin azriemy mabuk mengemas. atau saja buat-buat mabuk. tak pasti. cuma yang pasti aku dah sms dia dan suruh jangan mabuk mengemas sampai lupa nak LED kan arak tu.

isu tentang exciting race yang telah berlangsung turut ada dalam agenda penting mesyuarat jabatan. lebih kepada post-motem. pengerusi suka stiker PERINGATAN di kenderaan dan minta dimasukkan ke dalam buletin MBSA yang terkini. muka aku pun kena masuk tu sebab aku yang buat stiker tu. nanti difikirkan.

blog ini dihasilkan di atas pemikiran sedar puan pengerusi betapa pentingnya para pegawai memasukkan segala maklumat harian seperti kerja, mesyuarat, idea, cadangan atau pembaikan kerja di dalam web. sekaligus bahan tu dapat dikongsi bersama dan dinilai tanpa prejudis. idea setiap pegawai ada blog ini sekaligus mewujudkan rasa seronok menulis dan bercerita sekaligus menjadi bahan gelak-gelak kakitangan korporat. suasana pasti berubah dan kemesraan pasti bertambah. lagi seronok jika satu MBSA ada blog peribadi dan boleh berkongsi seperti facebook.

aku tak terlibat dalam bengkel PeBT yang akan diadakan di dusun eco resort pahang pada sabtu dan ahad ni. memberi peluang yang lebih berpengalaman. kalau dipanggil pun mungkin tak dapat libatkan diri kerana menguruskan pemergian mak ayah ke tanah suci mekah minggu ni.

puan pengerusi juga memnita semua kakiangan korporat WAJIB datang ke majlis kuliah maghrib di kediaman rasmi datuk bandar khamis ini. masa meeting aku cakap pegi. tapi bila dah jadi hal mak ayah pergi haji ni. tengok keadaan dulu. sebab mak kata nak buat kenduri.

borang SKT juga perlu dihantar ke pengarah untuk dinilai. yang tertinggi akan naik pentas. yang terkurang kontrak dipendekkan. begitulah ceritanya. tapi borang SKT tetap kena isi.

perbincangan hal lain pula banyak sekitar program sepanjang bulan november dan disember. kecuali perbincangan berkenaan hari keluarga jabatan korporat. kali terakhir dibuat di wet world taman tasik. pelbagai cadangan di usul. katanya ke johor. tengok perkembangan lanjut bagaimana.

tamat mesyuarat pada jam 12 tengah hari dan pada petangnya aku menyiapkan banners bengkel PeBT di dusun eko resort untuk dibawa ke pahang jumaat ini.

Tuesday, November 10, 2009

kerja saya




aku mula kerja di MBSA pada 1 november 99 sebagai pelukis pelan dan ditempatkan di jabatan taman dan rekreasi. masa tu jabatan taman di tingkat 17.

kerja aku masa tu hanya buat pelan landskap di jalan persiaran, bulatan dan persimpangan. pada masa yang sama aku sambung belajar multimedia di IPTS. 2-3 tahun kemudian kerja yang diarahkan kepada aku lebih kepada grafik. membuat borang. membuat poster dan menghasilkan powerpoint jabatan. kerja-kerja melukis pelan pun lebih kepada buat perspektif dan artis impression untuk kawasan yang akan dilanskapkan.

hasil kerja aku sebagai pereka grafik di jabatan taman menjadi buah mulut warga MBSA dan perhatian pengarah lain. aku juga terlibat secara langsung dalam beberapa projek multimedia di bahagian ICT. antaranya menghasilkan persembahan multimedia pada pelancaran Pusat Khidmat Komuniti IT (PKIT) dan beberapa pelancaran lain.

setelah 5 tahun di jabatan taman. aku ditawarkan berkhidmat di jabatan korporat sebagai pereka. sebelum menerima jawatan tu aku juga mendengar cakap cakap belakang dan gosip-gosip hangat mengenai jawatan aku ini. mengikut sejarah tiada pereka yang bekerja lama di situ. tak taulah sama ada ianya melibatkan tekanan kerja, mendapat tawaran di tempat lain atau tak sambung kontrak.

akhirnya aku menerima tawaran ini dengan berazam untuk menyerap tekanan kerja dan membuat perubahan design dengan lebih kreatif.

2-3 tahun pertama bekerja aku mengalami gangguan emosi sangat hebat. tekanan kerja, design yang banyak dikritik, bekerja lewat malam setiap hari sehingga melibatkan hal rumahtangga, masalah peribadi, pembahagian masa yang tidak terkawal sehingga mengabaikan keluarga, kelesuan, tidak boleh cuti kerana kerja terlalu banyak dan pelbagai lagi.

kerana pereka grafik di MBSA hanya aku seorang dan aku membuat design risalah, poster, borang, sijil, konsep, logo dan segalanya bagi keseluruhan jabatan di MBSA.

bayangkan jika setiap jabatan di MBSA membuat program masing-masing serentak dalam bulan yang sama. maka akulah tempat yang dituju.
contohnya;
1. jabatan korporat
- karnival rakyat (konsep, logo, banners, bunting, borang, sijil)
2. jabatan taman
- memancing (konsep, logo, banners, bunting, sijil, mockup cek, borang)
3. jabatan khidmat bandar
- musnah denggi (risalah, sijil, backdrop, bunting)
4. jabatan hasil
- kempen pengurangan kompaun (backdrop, risalah)
5. jabatan khidmat pengurusan
- anugerah khidmat cemerlang (buku program-24 mukasurat, sijil)
maka tak tidurlah aku sebulan untuk menyiapkan semua itu.

kini aku telah bekerja di jabatan korporat hampir 5 tahun. dan banyak perubahan telah berlaku. design aku semakin diterima, susunan kerja semakin baik, idea menghasilkan pelbagai design mengikut pelbagai program juga semakin difahami, aku juga semakin pandai menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan dan yang penting keluarga semakin faham kerja dan tugas.

aku juga berjawatan tetap disini dan insya allah aku akan terus di sini selagi idea tak putus dan selagi semangat ada