Tuesday, November 10, 2009

kerja saya




aku mula kerja di MBSA pada 1 november 99 sebagai pelukis pelan dan ditempatkan di jabatan taman dan rekreasi. masa tu jabatan taman di tingkat 17.

kerja aku masa tu hanya buat pelan landskap di jalan persiaran, bulatan dan persimpangan. pada masa yang sama aku sambung belajar multimedia di IPTS. 2-3 tahun kemudian kerja yang diarahkan kepada aku lebih kepada grafik. membuat borang. membuat poster dan menghasilkan powerpoint jabatan. kerja-kerja melukis pelan pun lebih kepada buat perspektif dan artis impression untuk kawasan yang akan dilanskapkan.

hasil kerja aku sebagai pereka grafik di jabatan taman menjadi buah mulut warga MBSA dan perhatian pengarah lain. aku juga terlibat secara langsung dalam beberapa projek multimedia di bahagian ICT. antaranya menghasilkan persembahan multimedia pada pelancaran Pusat Khidmat Komuniti IT (PKIT) dan beberapa pelancaran lain.

setelah 5 tahun di jabatan taman. aku ditawarkan berkhidmat di jabatan korporat sebagai pereka. sebelum menerima jawatan tu aku juga mendengar cakap cakap belakang dan gosip-gosip hangat mengenai jawatan aku ini. mengikut sejarah tiada pereka yang bekerja lama di situ. tak taulah sama ada ianya melibatkan tekanan kerja, mendapat tawaran di tempat lain atau tak sambung kontrak.

akhirnya aku menerima tawaran ini dengan berazam untuk menyerap tekanan kerja dan membuat perubahan design dengan lebih kreatif.

2-3 tahun pertama bekerja aku mengalami gangguan emosi sangat hebat. tekanan kerja, design yang banyak dikritik, bekerja lewat malam setiap hari sehingga melibatkan hal rumahtangga, masalah peribadi, pembahagian masa yang tidak terkawal sehingga mengabaikan keluarga, kelesuan, tidak boleh cuti kerana kerja terlalu banyak dan pelbagai lagi.

kerana pereka grafik di MBSA hanya aku seorang dan aku membuat design risalah, poster, borang, sijil, konsep, logo dan segalanya bagi keseluruhan jabatan di MBSA.

bayangkan jika setiap jabatan di MBSA membuat program masing-masing serentak dalam bulan yang sama. maka akulah tempat yang dituju.
contohnya;
1. jabatan korporat
- karnival rakyat (konsep, logo, banners, bunting, borang, sijil)
2. jabatan taman
- memancing (konsep, logo, banners, bunting, sijil, mockup cek, borang)
3. jabatan khidmat bandar
- musnah denggi (risalah, sijil, backdrop, bunting)
4. jabatan hasil
- kempen pengurangan kompaun (backdrop, risalah)
5. jabatan khidmat pengurusan
- anugerah khidmat cemerlang (buku program-24 mukasurat, sijil)
maka tak tidurlah aku sebulan untuk menyiapkan semua itu.

kini aku telah bekerja di jabatan korporat hampir 5 tahun. dan banyak perubahan telah berlaku. design aku semakin diterima, susunan kerja semakin baik, idea menghasilkan pelbagai design mengikut pelbagai program juga semakin difahami, aku juga semakin pandai menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan dan yang penting keluarga semakin faham kerja dan tugas.

aku juga berjawatan tetap disini dan insya allah aku akan terus di sini selagi idea tak putus dan selagi semangat ada

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah