Friday, November 13, 2009

konsep design festival anggerik

badan lesu sebab pulang lewat kira-kira jam 11 malam. kuliah maghrib malam tadi memang seronok la. penceramah ustaz suhaimi. dia seorang pakar penasihat keluarga kat JAIS. kitorang bagi tajuk Haji. dia cerita banyak pasal masalah nikah cerai dan sikit pasal haji. dengar cerita hal orang yang takde ilmu agama ni memang takut. cerai sampai 40 talak pun ada. kisah menantu berzina dengan mertua ada.

dan yang paling menarik, ust suhaimi ni buat kuliah sebagai kerja sampingan. skali yang datang malam tadi bos dia daa. yang bestnya bos dia pun tak tau anak buah dia ni ada part time luar. pandai-pandai jawab la ustaz.

jadi hari jumaat yang mulia ni aku menyusun kerja yang tertangguh. awal pagi cik nisa dari jabatan taman tanya pasal map tasik untuk perasmian yang aku copy kat dia semalam. aku suruh dia call hisham sebab dia yang mintak map tu. aku cuma touch-up je.

sampai di pejabat perkara pertama adalah map tasik tu. dan aku dah serahkan kat en.shahrin untuk dibawa meeting petang nanti. sebelum pulang semalam aku ada menyiapkan aturcara untuk delegasi surabaya yang akan datang jam 9 pagi ini. dan aku dah buat 20 salinan.

setiap pelawat yang datang kami akan tunjukkan video korporat MBSA atau multimedia presentation. sepatutnya aku yang akan jaga slide tu sebab assazale pergi ceramah haji. rupanya ceramah tu mingu depan. jadi aku takdelah jaga slide.

pagi ni aku menyiapkan banners pertandingan memancing yang akan diadakan pada 20 disember dan borang pertandingan.

banners

borang

design ni cuma tukar tarikh je. recycle design tahun lepas. bos taman suka. takdelah pening kepala sangat.

kemudian aku dan kawan-kawan diminta ke nyonya kitchen di shah alam mall untuk memenuhkan ruang makan sebab jabatan menyediakan makan untuk 20 orang bagi delegasi dari surabaya yang datang pukul 9 tadi. tapi yang datang hanya 10 orang saja. langkah kanan tu. ok je. dan kemudian solat jumaat.

petangnya aku diberitahu banners PeBT yang aku tempah 2 hari lepas dah ada di pejabat. jadi esok pagi diorang dah boleh bawak ke dusun eco resort dan pasang di pintu hadapan.

aku juga ada kirim magnet peti ais dan keychain cenderahati dari sana.
"kitorang pegi buat keje la. bukan pegi bercuti" jawab fuaza.
"ala. mesti ada jual punya la" aku balas sambil gelak-gelak.
"aku nak strawberry dengan batik terengganu!!" jerit assazale
"allahhh..."
"ala beli ajelah. nanti kitorang bayar la"
"dalam hutan mana ada kedai" fuaza malas nak layan
"adaaa!!!" jerit kitorang

menjelang petang aku terus merancang untuk bikin flyers festival anggerik shah alam yang akan berlangsung pada 4 disember di SACC mall. sebenarnya flyers ni kerja permulaan. kemudiannya aku kena buat banners, bunting, replika cek, buku program, sijil, tag pemenang dan banyak lagi.

konsep design kena ada. logo benda pertama kena buat. baru flow kerja yang lain-lain akan design yang sama. setiap tahun festival anggerik shah alam ini (FASA) akan sentiasa berlogo baru. kerana nak nampakkan kelainan walaupun aktivitinya sama aje setiap tahun. jual pokok. anggerik tercantik. pameran setem. tapi jangan main-main FASA tahun lepas dirasmikan oleh keluarga sultan selangor.

ini adalah fliers tahun lepas
dan ini adalah idea dan konsept yang dalam pembikinan. masih raw lagi.

logo dan text FASA 16 tu aku akan kekalkan idea yang begitu cuma akan tambah info kat bawah la seperti acara yang menarik. tarikh masa tempat. hubungi sapa. dan cantik kan sikit-sikit.

korang nampak design ni cam senang je aku buat. 3 jam dah siap raw design dan konsep nampak solid. sebenarnya semua ni perlu pengalaman yang banyak. masa aku mula-mula buat design ada aje yang sakit kat mata aku. apatah lagi mata orang lain. masa memula belajar dulu buat konsep je satu semester. scatch la. brainstorming bagai. research berhari-hari. try error. last-last design kena hentam masa presentation.

tapi benda-benda macam tu jadi pengalaman. sikit demi sikit aku develop skill. dengan inisetif sendiri beli buku design kat kinokuniya kat KLCC. rajin research design orang lain kat web. dalam bab design ni idea nombor satu. walau skill komputer hebat pun. tapi idea takde. boleh termenung satu hari. aku pernah kena macam tu.

bak kata arwah yasmin ahmad ~ idea itu tuhan yang beri! dulu dia juga pernah tercakap idea filem / iklan itu dia yang punya. last-last allah tarik kejap je idea itu dan yasmin kata dia blur hampir 2 bulan takde idea. bila dia muhasabah dan betulkan kesilapan alhamdulillah idea tu datang mencurah.

aku paling takut takde idea. dan kisah yasmin ini memotivasikan aku. jangan lupa tuhan. sebab dia bagi kita semua benda. alhamdulillah aku sentiasa ada idea untuk buat design walaupun kerap pening kepala macam mana nak buat bagi cantik.

orang nak tengok benda yang cantik. diorang tak peduli macam mana kita nak hasilkan benda yang cantik. yang penting benda tu nampak cantik. samalah halnya dengan fotografi. orang nak tengok gambar cantik. lantak la fotografer tu nak terbaring ambik ke. angle pelik-pelik ke. snap celah langsir ke. yang kita tau gambar tu jadi cantik.

dan benda yang cantik perlu seseorang yang pakar hasilkan.

itulah bila si budak praktikal UNISEL datang untuk mintak pandangan aku tentang final projek design dia. aku sengeh-sengeh je.
"pikir la sendiri!" marah aku.
"malas la abg ajua"
"kalau malas lepas grad ni ko kawen je la. tak payah jadi designer" dan petang tu kepala aku kena baling pemadam dengan dia.

bagi aku yang penting ada minat. takpe kalau sibuk atau takde laptop. tapi ada minat nak jadi designer. tapi kalau malas! habis la. cuba david beckham malas nak sepak bola. dia cuma rajin kilatkan tayar kereta bentley dia. habis la karier dia. sama gak kalau malas nak makan. jadi lapar la.

ada yang kata orang seni ni gifted. betul jugak. sebab seni ni subjektif. dia tak seperti doktor, jurutera, pilot ~ kerja berdasarkan teori dan buku. kalau ikut buku beban lebih sangat bangunan jadi runtuh. buku kata begitu. tapi orang seni takde teori. semua ikut kreativiti je. dan itu istimewanya.

ok jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah