Thursday, July 1, 2010

risalah bulan julai 2010

klik untuk besar

klik untuk besar


semenjak akhir-akhir ni gua jarang menulis di blog dan update maklumat baru. faktor musim piala dunia adalah penyebab utama. kualiti kerja gua pun agak menurun. makan pun dah kurang. tidur pun tak cukup. nak pulak bila jerman dah masuk suku akhir. makin jadi hantu raya la gua. nak sokong orang kampung pun dah kecundang awal (australia). mujurlah risalah bulanan ni gua sempat siapkan dalam tidur. nak tunggu gua sedar dari tidur. insya allah tengah bulan julai ni kot. abis piala dunia.

jadi untuk bulan julai ni banyak aktiviti duniawi yang lu orang boleh join. gua cerita yang menarik je la ye.

SELANGOR MUZIKAL EKSTRAVAGANZA
bermula 25 jun sampai 18 julai. terlalu banyak aktiviti hiburan yang lu orang boleh join. maklumat lanjut boleh pegi websitenya www.semua.my

KONYENSYEN FALAK SELANGOR
lu tau tak falak tu amende?
bukan sazi falak! tu artis. falak ni satu ilmu kaji bintang, matahari, bulan dan planet-planet di alam semesta. dia punya alat skodeng bintang biasanya sedepa panjangnya.

pada 16 julai ni ada forum perdana tv1. sapa nak muka masuk tivi boleh la siap-siap dengan soalan. pengerusi adalah dr. mohd ridhuan tee abdullah dan ahli panel terdiri dari para ilmuan akademi yang banyak tahunya. tanye je soalan semua bole jawab.

selain dari forum perdana ada banyak lagi aktiviti kecil-kecilan dan boleh rujuk kat gamba di atas.

KEMPEN BAYAR DAN MENANG 2010
mudahnya adalah : sapa takde cukai tertunggak bole menang tivi 32 inci. sapa nasib kurang baik boleh dapat henpon blackberry curve. sapa tak menang apa-apa bertuah gak. sekurangnya lu tak berhutang dengan mbsa.

FESTIVAL AL-QURAN & KESENIAN ISLAM
festival ni memang julung kali diadakan oleh pihak yayasan restu (sefaham gua). berlangsung pada 30 julai hingga 10 ogos. banyak sangat aktiviti dan pertandingan menarik yang berkaitan al-quran seperti penulisan khat, pameran mushaf. maklumat lanjut boleh dapati di www.restu-art.com

KONSERT REVOLUSI NUSANTARA
pada 24 julai bermula jam 3.00 petang.
tak ramai tau hal konsert ni. mungkin penganjur tak cukup duit untuk buat promosi sebab duit dah abis bayar band yang dijemput. hujan, letto, flot popi, preety ugly, grey sky morning dan banyak lagi. tiket boleh didapati di www.tiket2u.biz tiket semurah RM30 sehingga RM80.

untuk maklumat semasa yang terkini boleh lihat di www.jbtnkorporat.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah