Wednesday, May 26, 2010

risalah bulan Jun 2010

klik untuk besar


klik untuk besar


piala dunia telah bermula 11 Jun ini. sapa yang fanatik sampai beli tiket bola, boleh la berlagak depan kawan-kawan. orang macam gua yang tak berapa fanatik ni, boleh layan depan tivi je sambil berharap bila la malaysia nak masuk piala dunia.

ada yang bertanya bagaimana proses penghasilan risalah ini dibuat.
gua jawab "senang je. ada maklumat. gua design kasi terbaik. siap la" dan yang bertanya tu angguk faham. gua syak mesti dia ingat risalah ni senang macam order teh tarik kat kedai pelita nasi kandar seksyen 9 tu.

sebenarnya susah buat risalah ni. tapi gua design kasi nampak macam senang. macam buat magik. pusing pusing pusing, last-last duit keluar kat telinga.

proses membuat risalah ini bermula dengan pencarian maklumat dari pelbagai sumber. call pustakaan, sacc, kompleks, muzium, galeri, stadium shah alam. call juga staff majlis perwakilan penduduk (mpp), suk selangor, tourism selangor dan bahagian-bahagian dan jabatan dalaman.

kadang kadang maklumat tak dapat lengkap. kalau ada yang lengkap pun mungkin berubah tempat atau tarikh. biasanya maklumat dikumpul bermula 17 haribulan dan design bermula 20 haribulan sehingga 25 atau 26 haribulan.

nasib tak baik, dah 30 haribulan pun masih banyak yang kena tukar. jadi biasanya gua tulis kat risalah tu ~ semua aktiviti tertakluk kepada sebarang perubahan. gua tak boleh tangguh cetakan kalau setakat nak tunggu satu maklumat je.

maklumat dah susun kemas kat kalender sekarang bahagian infomasi.

bahagian informasi yang belakang tu gua tengok apa yang terbaik bulan depan. lagi besar bajet program tu. lagi besar gua iklan kasi gempak. ada jugak program yang bajet ciput tapi gua design nampak hebat. itu semua magik semata.

program yang mbsa dan kerajaan negeri anjurkan yang dihadiri datuk bandar dan datuk-datuk yang lain gua perlu promot besar-besaran. supaya semua orang tau dan datang. kalau tak datang pun, sekurangnya ada bahan nak sembang dengan kawan-kawan sambil belek kain nak buat baju kurung raya.

cover depan ikut program. macam bulan depan ada piala dunia. kena kasi selit muka penyokong bergembira. gambar cover bulan depan adalah hak cipta dari fifa. risalah bulanan seperti majalah ni memang konsep yang gua cipta supaya orang hargai dan simpan. sapa-sapa yang nampak. mesti akan ambik satu. baca dan sebar. itu tujuannya. dulu gua ada gak design dan cetak main satu kaler. tapi orang tak pandang. kekadang siap sepah lagi. kekadang ada yang terpijak risalah hasil air tangan gua ni. terguris gak hati bila tengok.

lu design sampai sakit kepala pastu orang tak pandang. jadi sebab itu gua tukar konsep yang gua panggil "majalah saiz mini"

bila dah siap design. draf kena kasi bos gua semak. kot ada tambahan program. kot ada ejaan tak betul. kot ada salah-salah. jadi beberapa pasang mata akan mencari kesalahan design gua dan akan komen seperti adlin

"lu nak design kena ada jiwaa.. ada perasaann.. baru sampai..!!"

jadi selesai ada komen dan final design akan dikeluarkan dan dihantar ke syarikat percetakan yang dilantik. dan untungnya bagi peminat gua, lu dapat edisi terawal.

tak bangga ke?

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah