Thursday, July 15, 2010

pembikinan buletin mbsa

dalam masa terdekat ini akan keluar satu buletin mbsa yang sempat gua design sepantas pos ekspress.

buletin setebal 24 muka itu mempunyai banyak cerita berkisar hal shah alam dan aktivitinya. seperti aktiviti sukan dan hiburan. ada juga cerita pasal i-city yang seperti 'siang pada waktu malam'.

buletin itu sedang di 'pimp my ride' oleh pakar-pakar bahasa dan pakar designer yang lain untuk melihat kesesuaian. kalau ikut mata gua dah cun je. tapi mata orang lain, kita tak tau. gua rasa kaler hijo sesuai. tapi rupenye kaler biru air laut lebih menonjol. haaa... itu sebab kita perlu ada penilai.

jadi gua bocorkan 2 muka untuk saje nak show off kat lu orang. cek it out!

muka surat 12-13


keseluruhan buletin adalah menggunakan 3 software serentak.
1. adobe illustrator - untuk logo
2. adobe prohotshop - untuk edit gambar
3. adobe indesign - untuk compile, text dan layout.

jadi untuk mukasurat 12-13, memandangkan ia center page. jadi design perlu borderless. nampak kesinambungan design. amboi bersyarah plak. benda ni gua perlu cite sebab dalam design lu tak boleh pandai satu software je. nanti idea lu pun tersekat sebab lu tak tau nak compile camne. tak tau nak buat shadow macam mana.

gua pun ikutkan bukan terer pun software ni. tapi tuhan bagi gua satu bakat yang bernama 'idea' jadi gua kembangkan idea tu supaya jadi seperti yang dibayangkan.

dalam penghasilan buletin ni, gua ada juga mendapat bantuan luar seperti logo 'shah alam kita' adalah dari orang lain. gambar i-city dari pihak i-city sendiri. jadi tugas gua untuk nampak selesa dibaca dan disimpan.

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah