Tuesday, February 23, 2010

sabtu ni jangan lupa



memandangkan super komputer yang aku gunakan melebihi 5 tahun itu telah selamat dikebumikan pada hari isnin lepas. maka dengan ini segala design, gambar, font, idea, lagu, map, borang, sijil, kad dan pelbagai lagi turut terkorban sama.

ada jugak sempat backup tapi tu cerita 2008.

bila dikaji balik penggunaan komputer itu yang telah bekerja 10 jam setiap hari selama 5 hari seminggu. 50 jam x 52 minggu = 2600 jam (108 hari setahun tanpa tutup)

108 hari x 5 tahun = 540 hari bersamaan setahun empat bulan lebih ia bekerja tanpa rehat. maka lebih kurang itu jugaklah waktu aku dan semua orang bekerja selama 5 tahun ini.

math!

di dalam pc itu jugak aku telah hasilkan ribuan design dalam pelbagai bentuk. banners setiap minggu, poster setiap 2 kali seminggu, borang, kad jemputan, map, logo, konsep dan pelbagai setiap bulan. jadi bila dikhabarkan tak dapat diselamatkan, mood kerja sangat-sangat terganggu.

sekarang ni guna laptop sendiri. dah pastinya laptop ni tak sehebat desktop. cepat panas, cepat hang. tapi aku takde pilihan.

buat masa ini aku sedang membuat senarai barangan yang perlu dibeli bagi menggantikan arwah super komputer itu. terlintas adalah komputer MAC. kerja pun sebagai designer. mana ada designer di badan kerajaan lain dan swasta yang gunakan pc. mungkin ada. tapi tak sepenting designer utama sesebuah syarikat. aku melihat designer istana budaya pakai mac pro. designer karangkraf pakai mac pro (art director). pelajar-pelajar unisel dalam bidang grafik guna mac pro. jadi takde alasan untuk aku tak pakai mac pro gak.

mungkin aku senaraikan mac pro sebagai barang wajib dibeli. operasi sistem mac (OS X) pun dah support windows menurut web rasminya. harga agak mahal. tetapi berbaloi jika difikirkan tentang arwah super komputer yang telah berkhidmat di sini lebih 7 tahun (dengan aku 5 tahun).

tutup pasai komputer dan bagi bangsa cina. download lah poster diatas dan sebarkan di premis perniagaan, sekolah, pusat hiburan dan pasar malam berhampiran anda.

selamat bergembira!!

5 comments:

  1. Insyallah saya datang,..dekat jer pun..haritu saya pegi MBSA jumpa dengan encik zailan bin sanusi unit latihan..dia cakap nak praktikal kat mbsa kena ade resume dan surat dari itm..resume dah siap..tapi surat dari uitm belum lg siap sbb masih dalm proses..patutke saya anta resume terlebih dahulu pada abang?

    ReplyDelete
  2. maksud saya melalui e mail lah.

    ReplyDelete
  3. boleh jugak. hantar resume kat eiyoei@gmail.com berserta surat berkaitan kalau ada. nanti saya panjangkan ke bahagian latihan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih..saya dah e mail resume saya, kalau ada makluman ke..email jer..saya akan balas secepat mungkin.cuma surat dari uitm tu la yang belum setel lagi..pengurusan lambat ckit..harap dapt bekerjasama lah.insyallah bila dah siap surat tu saya sendiri akan pegi kat mbsa..terima kasih sekali lagi..saya punya praktikal sptnya akn bermula 10 may 2009 hingga 10 july 2009 2 bulan jer cuti sem.

    ReplyDelete
  5. kalau nak tgk artwork saya kat sinilah http://megachemical.deviantart.com/
    ader la ckit2..tapi x bnyk ke arah design sgt..lebih kepada illustrtion..sbb tu saya nak belaja dgn abg.

    ReplyDelete

Nasi tambah