Tuesday, March 2, 2010

borang pertandingan fotografi dan menulis cerpen

[BORANG UPDATED]

Borang Depan


Borang Belakang


wahai masyarakat dunia.
pada 10.10.10 tahun ini adalah tahun yang ke 10 shah alam menjadi bandaraya. jadi pelbagai program telah disusun dengan sebegitu cantik dan perancangan rapi yang sangat teratur telah dirangka pada tahun ini.

antara program yang telah dinoktahkan adalah pertandingan fotografi dan penulisan cerpen yang bertemakan shah alam bandarayaku.

hadiah menarik sudah tentu menjadi tajuk utama perbualan disana sini. jika dikatakan wang tunai untuk tempat pertama acara fotografi mampu untuk anda membeli satu DSLR bagaimana?

tak menarik!

bagaimana pula jika dikatakan wang tunai itu diserikan dengan sebuah digital kamera kompak dari jenama terkenal?

menarik!
anda nilai sendiri.

bagaimana pula halnya dengan penulisan cerpen. anda hanya perlu mengimbau kembali memori di shah alam bersama teman atau keluarga dan ceritakan sahaja kepada kami. senang?

penceritaan yang segar dengan detik-detik yang tersusun indah mungkin membikin anda tersenyum dengan wang tunai 2ribu ditangan sebagai johan buat julung kalinya.

borang boleh dimuaturun disini dan ingat tarikh penerimaan terakhir adalah pada 10 Mei 2010.

klik disini

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah