MAAL HIJRAH
".. Satu muharam detik permulaan..
.. Perkiraan tahun islam Hijrah..
.. Perpindahan nabi dan umat islam..
.. Dari kota Mekah ke kota Madinah.. "
Lirik yang popular setiap kali Maal Hijrah. Pada hari selasa ni semua orang bercuti sebab tahun baru Islam. Jadi bermakna sudah 1421 tahun nabi meninggalkan kita dan kita hendaklah memastikan umat islam bersatu melawan orang jahat. Takbir! uh.. berkobar-kobar plak.
Tahun ni Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor akan diadakan pada 6 Dsember 2010, bermula 6 petang kat Masjid Negeri dan dirasmikan oleh birthday boy sabtu ni : Sultan Selangor.
Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor tahun ni dimenangi olehh.. jeng..jeng jeng.. emm.. gua pun tak tau. lu tunggu jelah.
KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR
Pada 11 Disember ini rakyat negeri selangor akan bercuti kerana menyambut birthday sultan selangor yang ke 65. Jadi cuti pada hari sabtu memang tak syok sebab hari sabtu memang cuti. Orang paling syok hari sabtu ni adalah orang yang jumpa sultan ambik pingat. Orang macam gua ni biasa-biasa je. Jadi gua ucapkan selamat hari jadi pada sultan selangor yang hensem.
EXTREME PARK
Shah Alam Exteme Park kat seksyen 13 tu memang dah terkenal seantero Lembah Klang. Macam-macam program tahan lasak kat sana. Mat-mat kental memang suka pegi sini. Hujung minggu kat sini memang meriah sangat. Daripada korang rempit-rempit, tak pun dok melepak tayang spotrim keta kat dataran. Ada baiknya keluar peluh sket join aktiviti kental kat sini.
FUTSAL @ EXTREME PARK
Ni salah satu kemudahan yang terdapat di sana. Main futsal kat sana memang best. Siap ada tournament lagi. Harga plak ikut time bila korang main. Keterangan lanjut korang boleh klik sini futsal shah alam
No comments:
Post a Comment
Nasi tambah