Wednesday, December 1, 2010

Visual LED

CINTA LUAR BIASA


Akan diadakan pada 12 Disember ini di kota kemuning. datanglah beramai-ramai. kalau dah topik best, penceramah mestilah kena yang best-best. ingat tarikh tu : 12 Disember 2010, pas isyak.


PENGIKTIRAFAN BANDAR RAYA SHAH ALAM


Mampan ni amenda dol? tak tau! Mampan ni bukan mampat atau mampir. Mampan ni adalah pembangunan yang dijalankan secara terancang tanpa menumbangkan pokok atau merosakkan pokok orkid jiran depan rumah. ianya cukup teratur sampai rumput pun tak mati. itulah maksudnya pembangunan mampan. kalau dah menang sampai 3 tahun berturut, kira hebat la. hatrik tu!


DENGGI


Denggi di shah alam makin tinggi statistiknya. Gua tak tau berapa tapi memang tingi. jadi peringatan kepada semua supaya luangkan 10 minit untuk bersihkan persekitaran rumah. 10 minit tu tak lama bang tengok bola lagi lama ~ 2 jam.


BAZARENA SHAH ALAM


Orang shah alam kalau tak pernah datang tempat ni, memanglah bukan orang shah alam. dia mungkin orang ampang atau orang tanjung rambutan. mungkin juga orang utan. bazarena shah alam adalah tempat yang paling-paling-paling hapening setiap ahad pagi di perkarangan stadium shah alam. terdapat lebih 1000 peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan, barangan, spek itam, baju MU, basikal bmx dan banyak lagi. nak datang sini kena awal pagi, kalau datang kul 2 petang.. memang nampak sampah jelah. bazarena shah alam telah beroperasi lebih 10 tahun kalau tak salah. jadi sangat rugi jika datang shah alam tapi tak singgah sini. ibarat makan nasi tak teguk air.


PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN


tempat ni dibuka 6 hari seminggu dan tutup pada hari isnin. ada 2-3 kolam besar. kalau tak pandai berenang boleh gi kolam luar dewan. kalau terer boleh gi kolam dalam dewan. kolam dalam dewan pun xdelah dalam sangat. paras-paras dada itik je. jadi jemputlah mandi-mandi kat sini. jimat air kat umah.

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah