Monday, November 8, 2010

Banjir di Utara



Sapa yang rasa-rasa nak buang baju Dockers jalur-jalur sebab kaler baju sama dengan bangla, atau nak buang jersey MU sebab dah tukar team ke Chelsea.

Anda dialukan untuk menderma baju MU ori anda itu ke pusat pengumpulan untuk didermakan ke mangsa-mangsa banjir di utara. Baju yang nak derma tu mestilah yang elok dan sedap dipakai.

Tolonglah jangan bagi baju yang tahap kain buruk atau mainan yang dah rosak kat orang susah. Nak lagi sedap, lu dermakan barang-barang baru. Beli cadar kat Tesco pastu terus hantar ke pusat pengumpulan. Barulah sedap malaikat nak catit elok-elok dalam buku.

Pastikan hantar pada atau sebelum 15 Nov 2010.

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah