Monday, September 20, 2010

jemputan open house

JEMPUT LA DATANG


khamis ni ada open house yang korang semua bole datang sambil bawak sanak sedara, awek, mak mertua, pak menakan, musuh ketat, tokeh cd haram, sapalah pun.. jemput la datang..

open house kali ni berkonsep : makanlah banyak-banyak tapi jangan bawak balik!

ape makanan ada?
kalau dah open house, kurang-kurang kambing golek, sate kompom, ABC kompom, cendol, laksa, kebab, eskrim, rendang, ketupat semua kompom.

yang tak kompomnye..
korang datang ke tak?

kalau korang kompom datang alhamdulillah. kalau tak bole datang, kasi-kasi la bole datang. bukan selalu bole salam datuk bandar. untung-untung dapat duit raya.

mane tau ada rezeki lagi, yang bujang bole temu jodoh.
atau yang takde kerja bole dapat kerja.
atau yang mengidam kambing bole rasa kambing.

jadi jemputlah datang semua ye.
masuk percuma.

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah