Thursday, April 29, 2010

Jerayawara Malam Puisi Riong

puisi memanglah bukan wang ihsan daripada dana dulang emas yang boleh cepat bersilap mata.
puisi selalunya adalah doa hati nurani.

-pak samad



Gua tak tau plak buat program baca puisi ni nampak style di mata artis. lelagi melibatkan berita harian. rupanya malam puisi riong ni dah buat 5 kali dalam tahun ni. semua main dewan ekon. kali ni layan pentas terbuka.

bukan calang-calang orang boleh perform atas pentas baca-baca puisi ni. kena pulak sepentas dengan pak samad. memang rare sangat. lagi sangat rare kalau lu dapat pegang janggung pak samad sambil tunjuk peace kat kamera.

program yang bermula jam 8.00 malam ini akan dialukan oleh pengacara majlis yang bersahaja cakapnya dan 10 minit kemudian persembahan muzik oleh Kumpulan Serambi selama 10-15 minit.

pemuisi pertama oleh Ashraf Ishak pada jam 8.20 malam dan Fazleena Hishamuddin menyusul kemudiannya.

Berhenti untuk azan solat Isyak pada jam 8.31 malam.

8.30 hingga 8.45 adalah masa tayangan video pendek berjudul "sujud" dan pada masa yang sama para jerayawara lain turut tiba berdikit-dikit. turut tiba adalah datuk bandar shah alam dan para pemimpin lain.

(puhh bahasa gua pun dah berseni la.. apa benda jerayawara ni woiii..)

sesi kedua
bermula dengan persembahan gerak tari oleh Teka Tari dan menyusul kemudiannya adalah persembahan puisi dari Fynn Jamal.

persembahan dari Siti Fariha dan kemudiannya Mohd Hatta Mohd Yatim.

Persembahan puisi oleh Mohd Suffian dan Noor Azah.

Persembahan puisi dan nyanyian oleh Rini dari Akademi Fantasia 7.

Persembahan puisi oleh Ahmad Shukri Abdullah.

Sesi ketiga dimulakan oleh Rizu One in a Million dengan nyanyian dan puisi. Menurut Rizu “Saya bercadang mendeklamasikan puisi, Kamarul Zaman, pada malam itu nanti kerana saya sudah terbiasa dengannya sejak kecil lagi selain akan menyampaikan lagu popular nyanyian M Nasir, Kepada-Mu Kekasih untuk dikongsi dengan khalayak Malam Puisi Riong” katanya pada gua.

Persembahan dari penulis novel terkemuka Faisal Tehrani turut pengambil tempat kemudiannya.

Datuk Bandar Shah Alam turut mendeklamasikan puisi selepas Faisal Tehrani.

Abdul Ghaffar Ibrahim (pak agi) turut berpuisi kemudiannya.

Penyanyi Aishah aka menyampaikan puisi dan mendendangkan lagu terbarunya pada malam ini. dia juga turut berkata “Selain puisi Salmiah, khalayak pada Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor akan turut mendapat ‘bonus’ kerana saya juga akan berkongsi dengan khalayak sebuah lagu baru dari album koleksi zikir dan doa, Anak, hasil ciptaan Dakmie dari Nasyeed.com yang menggunakan lirik garapan saya” katanya ketika dihubungi.

Yang ditunggu sudah tiba. Sasterawan negara yang disayangi semua dengan imej pak janggut Pak samad akan mendeklamasikan puisi. sapa yang nak mintak otograf lepas tu ye. harap maklum.

persembahan puisi oleh yang berbahagia puan rodziah ismail YB dun batu tiga.

kemudiannya sasterawan negara yang ke 10. Dato' Dr. Anuar Rethwan mengambil langkah kanan untuk ke pentas dan berpuisi.

persembahan penutup oleh gerak tari dari Teka Tari dan majlis bersurai. acara minum-minum dan makan roti canai berlangsung di kedai berhampiran. bayar sendiri. mbsa tak sponser.

harap datang semua

1 comment:

Nasi tambah