Wednesday, December 9, 2009

Praktikal di sini

ni pejabat induk majlis bandaraya shah alam

Aku dimaklumkan oleh pengarah bahawa aku akan menyelia dua pelajar praktikal jurusan grafik selama dua bulan bermula masa-masa terdekat ni.

untuk makluman, pada tahun ini aku ada menyelia seorang pelajar praktikal jurusan grafik dari UNISEL selama 3 bulan tak silap aku. dan sedikit sebanyak membantu dia meningkatkan kemahiran grafik, kepantasan berfikir, suasana kerja yang sebenar dan paling penting hidup sebagai designer.

walaupun dia tak membenarkan aku datang ke showcase diploma show. mungkin malu kot sebab takut aku hentam final projek dia. tapi sekurangnya aku gembira dapat memberi pengalaman, idea dan pandangan aku untuk penghasilan final projek tempohari.

jadi pada semua student grafik di luar sana yang berminat untuk buat praktikal di majlis bandaraya shah alam. boleh hubungi ;

bahagian latihan dan kualiti,
majlis bandaraya shah alam,
tingkat 2, wisma mbsa,
persiaran perbandaran,
40000 shah alam selangor

dan boleh call 03-55105133 samb. 321 / 551 / 484 untuk pertanyaan lanjut mengenai elaun ke. tempoh praktikal ke. etika pakaian ke. nak kerja terus ke. call je diorang. cakap la dengan sapa-sapa yang angkat call tu. semuanya peramah.

apa yang aku dapat praktikal kat sini?
line internet free. kawan yang ramai dan peramah. ada peluang untuk terus bekerja di sini. kerja santai (ada kerja tapi rileks) dan yang paling best ada elaun. berapa? kena call la nombor diatas.

apa kerja aku buat?
kerja aku banyak dan korang aku anggap sebagai pembantu peribadi aku. komputer tak disediakan. jadi bawaklah laptop sendiri. di bawah seliaan aku. aku akan latih korang macam tentera. kawat! tekan tubi! lari padang! kepala botak! makan sadin!

berani!

kalau tak berani aku buat yang lebih mudah. korang akan dapat satu atau beberapa projek yang korang kena siapkan mungkin sehari. atau seminggu atau sebulan.

projek sehari.
mungkin aku akan suruh korang cipta satu logo. atau buat satu risalah atau borang atau sijil atau banners atau bunting atau apa sahaja dan kena siap hari tu juga.

projek seminggu.
mungkin aku akan suruh korang buat satu konsep seperti kempen kitar semula atau program kemasyarakatan atau karnival dimana korang akan buat logo, banners, borang, backdrop atau apa saja yang berkaitan.

projek sebulan.
mungkin aku akan suruh korang buat satu buletin atau majalah dimana korang akan buat dari muka surat pertama sampai akhir.

banyak kerja ke? jangan risau kami kat sini sentiasa membantu. nama pun praktikal bukan kerja betul. tapi gambaran kerja sebenar akan korang tau bila praktikal disini. korang akan merasai pengalaman sebenar bekerja sebagai graphic designer.

korang akan belajar banyak benda baru yang mungkin akan menambahkan ilmu grafik korang sekaligus akan memberi keseronokan membuat grafik itu sendiri.

kalau nasib baik, design korang akan dicetak dan diedarkan seluruh shah alam. korang tak bangga ke kerja korang yang bersengkang mata tu dipuji orang lain. silap-silap korang akan tanggal banners tu dan gantung dalam bilik tidur (emm.. tu pengalaman aku dulu!)

satu hal pulak kalau ada niat nak praktikal kat sini nak memeningkan aku. illustrator tak tau. photoshop mintak ajar. crop gambar tak reti. buat shadow tak tau. baik tak payah. nanti kerja aku pulak yang tak siap sebab nak ajar ko. bukan sepatutnya ko yang membantu aku ke!

jadi aku mencari student yang berminat dengan seni grafik dan tahu apa yang dia buat.

yang benar,
the principal.

31 comments:

  1. klakr jugk ko ni rasa nk kerja kat situ je..hehe

    ReplyDelete
  2. agak2 kalau student industrial design boleh x practical kt situ..bahagian apa..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Industrial design? hmm tak sesuai kot. Kitorg tak buat product. Kitorg public services. Buat design utk program2 masyarakat je

      Delete
  3. masih boleh practical disini dan kerja terus tak?

    ReplyDelete
  4. available untuk pelajar yang nak jalani latihan selama 6 minggu je tak?

    ReplyDelete
  5. Hazwani : Kalu mase praktikal ko superb. Mmg aku rekemen la
    Quchai : Bole je. Apply la mane tau ada luck

    ReplyDelete
  6. sy nak tanya,smlm sy ada call mjlis bndaraya alor star..dia ckp xsediakan elaun...mmg xde elaun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pastilah majlis bandaray alor setar. Tapi kalu kat Majlis Bandaraya Shah Alam setau saya mmg ada elaun

      Delete
    2. cnfius pula sy..ke diorg xnak mklumkan slgi sy xapply...

      Delete
    3. Cuba call kat bhgn Human Resource. Kalu di Shah ALam Bhgn BLQ. Kadang2 tu elaun ni ikut budi bicara tpt tu (Jabatan tersebut). Kadang2 elaun sikit sgt jadi diorang tanak ckp (takut org tak minat).

      Delete
    4. tadi sy dh call..dia ckp dkt tmpat krajaan nie xsediakan elaun...sbb 2 sy cnfuse klu dkt tmpt awak ada sdiakan elaun..bkn kna slras smua ke krjaan...tba2 jdi bler pula :)

      Delete
    5. Jgn blur2.. rileks2 sudaa.. dlm sistem kerajaan, yg diselaraskan oleh pihak Putrajaya adalah gaji kakitangan. Kemudahan spt klinik, elaun, OT tu bergantung pd tempat tu. Ada pejabat kerajaan yg xde OT, takde klinik panel, xde elaun sbb income diorg 100% dari Putrajaya.

      Tetapi PBT mcm MB alor setar, shah alam, johor bharu kitorg punye income dari Putrajaya dan cukai pintu rumah. Jadi PBT loaded mcm DBKL, Shah Alam, Putrajaya (sekadar sebut beberapa PBT je) mmg mcm2 la dapat. Dlm kerajaan pun ada byk level yg hanya org kerajaan je yg bole paham. Hiraki sgt panjang. Staff pun ada 2 juta.

      Jadi pendek citenye, kalu diorg tak bagi elaun. Memang takde laa..

      Delete
  7. kalau student industrial design ada jawatan yang sesuai tak dekat situ? kitorg ada belajar autocad photoshop pun ada juga belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesuai. tima kasih (macam garang la kononnye kahkah)

      Delete
  8. salam..saya amik diploma multimedia kreatif n sedang mencari tempat praktikal untuk 10.6.2014 ni..masih ada tempat kosong ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam azizul.
      Cuba hubungi Bahagian Latihan dan Kualiti MBSA
      03-55105133 samb. 1321 / 1551 / 1484

      Delete
  9. salam. sy degree HR. masih bole memohon utk LI di MBSA ?

    ReplyDelete
  10. saya nak cari tempat praktikal untuk bulan 9 2014.
    saya harap tempat nie adew menyediakan penginapan..

    ReplyDelete
  11. Salam..saya Lepasan Diploma Lanjutan Teknologi Komputer Rangkaian,masih ada kekosongan untuk Latihan Industri disana x pada September 2014...

    ReplyDelete
  12. salam..saya amik ijazah komunikasi visual n sedang mencari tempat praktikal untuk bln 2 thun 2015..masih ada kkosongan ke?

    ReplyDelete
  13. salam.saya ambil diploma grafik design dan sedang mencari tempat praktikal untuk bulan 3 tahun 2015. masih ada kekosongan tak?

    ReplyDelete
  14. mang target disini tuk intership... insyallah, mohon dapt timba ilmu grafik disini...
    tapi wanita sesuai ke?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Assalam, saya nak cri tempat praktikal utk november 2015, kat sini ad utuk student grafik poli seperti saya? elauan saya xkisah klau ad brsyukur sngat. sya cume nak cri ilmu sambil mantapkan skill yg saya ad. penempatan desediakan atau kne cari sendiri? tanz atas info😊

    ReplyDelete
  18. Salam ..Boleh tau tak fax majlis shah alam ni?? Kalau student sn pentdbiran boleh mohon li kat situ tak , sesuai ke

    ReplyDelete
  19. Salam bang, kalau Intern for 6 month student Dip.Civil Engineering boleh intern kat MBSA tk?

    ReplyDelete
  20. Kawe ambik logam halus dulu ..tp senior kawe yg ambik logam halus ada dua orang dah jadi designer kat gov dept..rasanya sekarang dah jadi pereka gred 48 /52..long live finemetal itm..kawe masuk bidang lain.officer jabatan kerajaan jugak tp bukan designer..saja share info.kikiki..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, saya dari kos Ukur Bangunan dan saya nak try mohon praktikal untuk jkr kat mbsa boleh ke?

    ReplyDelete

Nasi tambah