Thursday, April 12, 2012

Jawatan Kosong Pereka MBSA



Kepada semua calon-calon temuduga yang akan try jawatan Pereka di Majlis Bandaraya Shah Alam sila take note dgn ape yang gua akan cakap ni.

Gua yang bekerja sebagai Pereka lebih 7 tahun di MBSA ni akan menceritakan ape jenis kerja yang korang akan buat di Unit Penerbitan, Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Korporat, MBSA ni.

Kalu ikut standard kerajaan, korang akan bekerja 8pg - 5ptg, Sabtu dan Ahad cuti. Itu atas paper. Sebenarnya di sini, korang akan bekerja 8pg - 8mlm 7hari seminggu. OT sebagai pereka adalah diwajibkan.

Buat masa sekarang pc korang xde lagi, jadi untuk sementara waktu bawaklah laptop sendiri. Insya allah dalam setahun dua sebulan dua korang akan dapat PC baru. Pada pengguna Mac sila biasakan diri guna PC. So far takde masalah kalu korang nak bawak Macbook korang ke opis, network untuk print dan internet semuanya support.

Suasana kerja juga best. Ramai makwe yang belum kawen. Yang dah kawen pun bukan baya makcik-makcik yang nak pencen. Semua muda-muda lagi. Yang lelaki kebanyakkannya model Hero Remaja dan masih kacak-kacak lagi.

Skang gua nak cite pasal kerja pulak.

Tugas korang nanti adalah membuat design grafik untuk program-program yang akan berlangsung di MBSA. Bila ada satu program contohnya; MAJLIS PERASMIAN KITAR SEMUA PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

Tugas korang adalah membuat;
1. poster (cetak & elektronik = LED, facebook, website MBSA dll)
2. kad jemputan / kad jawapan / stiker parking
3. backdrop / banner / bunting
4. sijil penyertaan / penghargaan
5. ads suratkhabar
6. Poskad
7. Plak cenderamata
8. Design tshirt
9. Risalah promosi
10.Buku aturcara

Jangka masa persiapan layout, konsep, idea adalah sehari. Atau paling tepat kurang 5 jam. Konsep design di sini adalah jenis corporate design atau bahasa kasarnya rekaan keparat. Ohh.. sungguh kasar bunyinye LOL

Design korporat lebih menerapkan elemen typografi, susunan layout dengan tambahan serbuk cili untuk rasa pedas. Lagi pedas sesuatu design tu lagi lamalah korang akan kerja kat opis gua nih. Yes! Gua bole rileks.

Di sini korang akan buat pelbagai konsep untuk pelbagai acara. Dalam sehari mungkin korang kena buat 2-3 konsep. Pagi buat konsep sukan ekstrim, tengahari buat konsep keagaamaan, petang buat konsep majlis perasmian. Bebenda konsep ni pun korang kena pikir cepat.

Konsep sukan ekstrim; warna terang, collage, typografi grunge
Konsep keagaamaan; warna soft, byk elemen natural
Konsep majlis formal; warna korporat, layout

Sapa yang kerja kat magazine diorg banyak main kat layout. Yang keje kat advertising diorang banyak guna foto, composition dan smart design. Kat sini korang akan buat semua tu.

Selain buat konsep, korang juga akan buat magazine (buletin), design logo, paper beg, sijil, carta organisasi, tiket, kalendar, buku program, tag, fliers dll.

Banyak keje kan. Jangan risau keje-keje tu tak sebanyak mana sebab gua pun rileks je buat keje-keje ni seorang. Dalam sehari ko akan jadi banyak sangat kerja bila semua orang duduk di keliling ko dan mintak macam-macam design. Orang ni mintak sijil, orang tu mintak buku program, orang ni mintak fliers, orang depan mintak penumbuk, orang belakang mintak penendang. Tapi takdelah hari-hari macam tu.

Pada graduan segar (fresh graduate) yang nak apply keje kat sini, nasihat gua cecepatlah pickup kan diri, kreatif, expert illustrator dan fotoshop, idea yang bertimbun dan yang paling penting; RAJIN. Terutama kalu kena buat cropping image, tracing logo atau research konsep.

Gua tak galakkan designer pompuan keje sini sebab gua tanak emosi lu akan ganggu keje. Laki call suh baliklah. PMS sampai MC lah. Mengumpat sampai keje tak buatlah. Tak bole keje sampai kul 1 pagilah. Sabtu pun xbole keje sebab mak suh sidai kainlah. Peknenlah. Idea takde lah, pastu tengok youtube sehari (konon carik idealah - pui!).

Designer lelaki pun tengok orang gak. Gua peratikan ramai je 'designer' yang konon cam indie sangat. Rambut panjang, bergelang, spek rayban, kasut allstar dengan jeans kurt cobain, muka geek gile babi konon bile buat design power sangatlah tuu.. Tapi bile gua suh buat poster hari keluarga fail.

Jadi sesapa yang berminat utk apply jadi Pereka (Graphic Designer) di Majlis Bandaraya Shah Alam, peluang anda masih terbuka dan isilah borang berharga RM3 dan hantar sebelum 16 April 2012. Gaji lebih kurang RM1200 tak masuk elaun dan OT. Jawatan korang adalah kontrak. Kalu korang tak suka dengan jawatan kontrak tu silalah ke JKR dan jadi kontraktor atau ke projek perumahan jadi pekerja kontrak.

10 comments:

  1. bro..memang camni ke standard design utk org keje state gomen?

    ReplyDelete
  2. Ijat: Standard design ikut mata bos. Gua mmg buat 2-3 konsep, tp yg pilih design adalah bos. Tapi standard keje state gomen adalah lebih kurang camnilah. Gua balas komen lu ni pun hari sabtu ptg kat opis, tgh keje *kenyet*

    ReplyDelete
  3. Asslamulaikum..nak tye..mmg MBSA je ke ade prka grfk? M.B Alor Setar ade ke?

    ReplyDelete
  4. ..wa lambat skit beb..klau ade kosong lg tlng info wa bro(daunipah@gmail.com)..wa xde la mcm bdk2 indie...wa beriman..kopiah sentiasa dikepala..tasbih digital peneman wa..slalu jumpe awek kat tangga surau..agak2 mcm ni lepas x..??..

    ReplyDelete
  5. Salute bro azwar memang banyak skill grafik-pantas.kalaulah kat state (suk) pun ade jawatan pereka bolehlah saya apply sebab sekarang kat state jawatan it-programmer pun buat design..susah nak explain kenapa kita kadang2 perlukan masa hanya utk susun typo bukan sesaja buat lambat, setiap design ialah masterpiece,encik boss..alamak betul la emo pompuan wakaka :-)

    ReplyDelete
  6. Daudnipah: tgk pada gaya bole jadi geng gua ni. Nak tanye tasbih digital tu dah nombor berape. Kalu baru ratus2 sila training lagi kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. .ha.ha..klau ditakdirkan wa jadi geng lu tiap2 mlm wa ajak lu g surau..tlng la bro bg wa keje..da fedup lepak dgn komunis ni..nk try lepak dgn hang jebat plak..ha..ha..

      Delete
  7. saya tengah cari kerja.. baru habis belajar.. dalam bidang dip multimedia kreatif.. kat sni ada kerja kosong lagi x..??

    ReplyDelete
  8. fýä : buat masa skang blom lagi. Tima kasih

    ReplyDelete
  9. Alamak eyy PMS n pegnen mmg lumrah. Kdg bila pkir dlm2 mnyesal bertahun blajo design. Tp kje kasaq cmni rsanya ada gak pmpuan blh adapt. Aha!

    ReplyDelete

Nasi tambah