Shah Alam sambut program ulang tahun yang ke 11 tahun ni. Korang taulah bile ada program adalah buzy. Bila dah buzy memang lambat sikitlah update kat web. Jadi gua tulis serba ringkas ape yang ada bulan oktober ni.
Memandangkan shah alam sambut bday yang ke 11. Jadi banyak program berlangsung sempena bulan bday tu.
Jadi program akan datang korang bole join adalah
Penyerahan Sijil Malaysia Book of Record kepada Pasar Setia Alam kerana menjadi Pasar Malam yang terpanjang di Malaysia. Setau gua pasar ni sepanjang 1km. Jadi kalau korang ulang alik 2-3 kali, mau 3-4km kot berjalan. Peniaga beratus-ratus ramainye. Macam-macam masak ada, ada jual mee, ada jual nasi, jual eskrim, jual sniper, jual
huih... macam-macam bisnes ada. Jadi pada 22 oktober tu nanti akan berlangsung program tu yang akan dihadiri MB Selangor dan ada sikitlah joget-joget dan nyanyi-nyanyi buat hiburan peniaga.
Hari ahadnye pulak ada walkathon atau dalam bahasa jawanya "lenggang, lenggang kangkung, kangkung di tepi, tepi...". acara memenatkan badan ni berlangsung di tasik kota kemuning seksyen 31 shah alam. korang bole datang sini bawak family sebab banyak aktiviti best ada.
selain tu juga kalau korang ada saman mbsa yang tak bayar lagi bolehlah dapatkan pengurangan kompuan sehingga 70% sehingga 16 oktober dan 50% sehinga 30 november. lu tau tak pengurangan 70% tu lebih kurang macam sogo buat sale. bukan hari-hari sogo buat sale 70%. jadi samalah dengan mbsa yang buat pengurangan nih.
so itu jelah yang gua bole cite sikit kat korang. selamat berjumpe lagi di hari dan masa yang lain. daaaa....
No comments:
Post a Comment
Nasi tambah