Monday, April 25, 2011

Risalah Bulan Mei 2011



Pada bulan Mei ini banyak juga aktiviti yang akan berlangsung di Shah Alam untuk lu orang semua hadir beramai ramai.

Malam Puisi Riong anjuran bersama Berita Harian akan berlangsung di Laman Budaya pada minggu pertama bulan Mei ni. Kalau lu orang fans gile babi Ana Raffali, bolehlah jumpe dia kat sana.

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Haaaa... tu bukan puisi gua bai, tu lirik lagu Ana Raffali. Tapi rasanya dia tak bawak lagu tu nanti.. sebab ni Malam Puisi Riong.. bukan Juara Lagu..

Ada banyak lagi aktiviti yang best-best seperti Orkid Fest kat Plaza Masalam, Kuliah Dato Harun Din kat Masjid Negeri, Program Teropong Angkasa anjuran Pejabat Mufti dan banyak lagilah..

Selamat berhibur..

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah