Monday, December 13, 2010

Ulangtahun Ke 32 Shah Alam Sebagai Ibu Negeri

UPDATE


Pada 7 Disember lalu Shah Alam telah menyambut birthday ke 32 sebagai Ibu Negeri Selangor. Dulu Ibu negeri Selangor adalah Kuala Lumpur sebelum tanahnya dijual ke kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara pada 2 Februari 1974.

Jadi siapakah yang bebetul membangunkan Shah Alam seperti korang tengok sekarang?

Selain Sultan Selangor waktu itu, DYMM SUltan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dibangunkan oleh PKNS dibawah pengurusan Dato' Tahir Abdul Rahim Masa tu Shah Alam kecik je 19.68km (dari seksyen 1 sampai seksyen 16). PKNS jugaklah yang bahagi-bahagikan kawasan di Shah Alam ni jadi perumahan, jadi tasik, jadi ITM jadi macam-macam. Pada tahun 1985 sehingga hari ini Shah Alam dipelihara sepenuhnya oleh MPSA yang diketuai oleh En. Nor Azman Yaakub sebagai Yang Dipertua MPSA yang pertama.

Kawasan perniagaan kat Shah Alam pada 30 tahun dulu adalah di seksyen 16. Antara bangunan besar terawal adalah Kompleks PKNS, bangunan SUK, ITM, MPSA dan Masjid Negeri.

Skang dengan kawasan seluas 290.3km (seksyen 1 hingga seksyen 56) semua orang tau pasal shah alam. Gua takpayah cite banyak-banyak sebab pakcik google boleh jawabkan untuk korang.

klik untuk besar


klik untuk besar


file ni korang bole download di sini

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah