pernah dengar nama malam puisi riong?
atau pernah dengar nama datuk a samad said?
tak pernah!!!
kompom lu orang amerika!
nak dikhabarkan majlis pembacaan puisi atas anjuran bersama berita harian ini akan menampilkan nama-nama hebat penyair tanah air seperti
datuk a samad said
dato dr. anuar rethwan
abd ghafar ibrahim atau nama fesboknya : pak agi
faizal tehrani
aishah yang nyanyi lagu janji manismu tuu..
fynn jamal yang cute tu
rizu one in the million
rini af7
datuk bandar shah alam
oii lagi la....
akan berlangsung di pentas laman budaya taman tasik shah alam pada hari jumaat, 30 april bermula 8 malam.
selain nama-nama besar yang sanggup datang jauh untuk baca puisi kat shah alam turut diadakan persembahan gerak tari dan perkusi (nama melayu bagi percussion). turut ada malam tu tayangan filem pendek bertajuk sujud.
kat berita harian dah keluar promo pasal malam puisi ni semalam (13 april). jadi pada semua yang menunggu poster, harap sabar ye. gua ngan fahmee tengah diskus dengan puan salbiah aini (editor sastera BH) pasal program ni.
yang penting tarikh 30 april ni jangan lupa datang ramai-ramai bawak sanak sedara, pak sedara, atok, jiran sebelah, makcik rumah hujang yang selalu jemur ikan kering depan rumah tu, makcik goreng pisang beli 2 ringgit dapat 5 ketul je. kecik-kecik pulak tu. mahal sungguh!!!
sapa lagi nak jemput..
ajak la kawan opis yang hari-hari jumpe siang tak pernah jumpe malam. atau boleh juga ajak kawan fesbok ramai-ramai kasi meriah. boleh mintak sain pak samad atau faizal tehrani. nak bergambar dengan aishah sambil tunjuk jari peace pun ok.
datang ye.
No comments:
Post a Comment
Nasi tambah