ramai yang bertanya hal komputer gua yang dah koma bulan lepas. gua pun malas nak repeat balik cerita tu. bak kata saari amri; menambah luka yang bernanah. pastu siram cuka. pastu tambah sayur. lama-lama jadi sayur cuka!
ramai yang bertanya dan mintak design itu ini dan gua banyak menghampakan semua orang dengan dua jawapan yang membunuh jiwa;
jawapan pertama.
"gua ada logo mbsa je untuk buat design balik?"
jawapan kedua.
"lu kalau tanya - ingat tak tahun lepas... sori bro! gua hanya ada laptop ni je buat design. design-design tahun lepas semua dah padam!"
logo mbsa tu pun kebetulan gua simpan dalam thumb drive.
ramai yang bertanya lu tak ambik balik ke pc tu? dan ini adalah jawapan ikhlas gua yang perlu direnung bersama dan diambil iktibar.
....selepas gua hantar ke pihak berwajib untuk diambil tindakan selanjutnya dan memback-up apa yang patut. harapan gua tinggi untuk melihat buah hati gua tu bernafas semua dan kembali ceria seperti dulu. gua juga berpesan kepada doktor yang merawat supaya membackup;
1. desktop
(segala kerja yang urgent gua simpan sementara di situ)
2. my document
(fail kawan-kawan dan gambar peribadi keluarga simpan disitu)
3. font
(gua ada lebih 15000 koleksi font yang gua beli di internet dan di kedai komputer yang gua sebut 'perasa tambahan' dalam menghasilkan design)
4. drive D keseluruhannya
(segala design, layout, gambar ada disini bersaiz lebih 80GB dan hampir penuh)
5. drive E keseluruhannya
(segala gambar VVIP yang dihantar sbg rujukan (spt foto Najib dari kementerian penerangan) dan gambar-gambar lama untuk rujukan.
setelah 2 minggu sekumpulan pakar membius, memberi CPR dan rawatan susulan akhirnya mereka berjaya menyelamatkan sebahagian dari drive D sahaja. yang lain hilang!
gua tarik nafas panjang dan kata takpelah kalau itu yang termampu dan gua ambik balik beberapa hari kemudian dan cuba 'on'. ternyata komputer tak dapat detect drive (spt yang gua baca di skrin) 'drive 0 not found'. gua cuba beberapa kali dan gua tak sanggup nak on off on off sebab jawapannya tetap sama.
dan hari tu gua membuat design guna laptop sendiri.
setelah beberapa hari gua cuba call doktor yang merawat mereka sentiasa sibuk. asal call keluar. asal call tingkat 3. asal call pergi makan. tinggal mesej tak balas. jadi gua buat keputusan muktamat dan berat hati untuk MEMULANGKAN SEMUA PERALATAN KOMPUTER, MOUSE, KEYBOARD, CPU, MONITOR DAN KABEL ke pihak ict dan gua suruh simpan ajelah pc tu.
alasannya;
1. jika komputer tu boleh hidup sekali pun pertamanya gua kena install Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Indesign, Install Printer dan bermacam-macam benda lagi. cd installer pun gua takde. yang ada kat ict mungkin lagi beberapa hari baru gua bole pinjam sebab orang ict pun asyik takde je. kerja gua pun menimbun sampai jauh malam baru balik. jadi bila masa gua nak install. sepaham gua, mereka dah kosongkan pc dan selamatkan sedikit design.
2. font dah hilang. jadi bayangkan lah jika gua bukak design lama dan pc memberitahu font missing. satu hal jugak nak pergi internet cari font. beli font. install font.
3. gua tak jamin pc gua kembali normal sebab pihak doktor tak membaik pulih pun 'kipas' yang rosak di dalam motherboard tu. jadi gua anggap mereka hanya 'bypass' je jantung pc tu. bukan menukar ke set jantung yang baru.
4. laptop gua ni pun dah lengkap adobe photoshop, illust dan indesign dan ada sedikit font fancy-fancy. jadi buat masa terdekat gua lebih sedap guna laptop sedia ada. walaupun tak laju, cepat panas, sangat lambat render design. tapi gua takde pilihan.
jadi masalahnya sekarang timbil bila;
1. kelajuan kerja gua dah kurang 50%. dulu gua boleh siapkan 10 kerja dalam satu hari. hari ni nak siapkan 5 pun susah. kekadang siap gi berak dulu sementara nak tunggu laptop tu respon.
2. nak print design saiz A3 sangat teruk. gambar ada line. image yang keluar hancur-hancur. kadang-kadang printer bagi respon error plak. sebabnya gua takde installer yang sesuai untuk printer tu. entah la gua pun malas nak pikir banyak sebab error ni. asal keluar gambar sudah.
3. paling leceh. gua kena redesign balik kerja-kerja yang gua dah buat. bila bos mintak map stadium malawati. mana gua nak carik? semua dah hilang. terpaksalah gua lukis balik. begitu juga hal-hal kerja lain.
mungkin salah gua sebab tak backup. terus terang cakap gua memang ada backup tapi tu cerita 2007-2008. kalau bos gua mintak design disember 2009 mana ada backup. kenalah gua design balik sambil geleng kepala.
ramai juga yang bertanya bila nak dapat mac?
jawapan gua "lu tanyelah ict?" gua pun takdelah nak harap sangat mac tu. tapi sekurangnya takdelah gua nak kena buat kerja pakai laptop sendiri sepanjang tahun. lu bayangkanlah gua seorang sahaja designer yang bekerja untuk shah alam dan selangor dengan design dah keluar dalam paper, kat billboard, kat majalah. tapi laptop pakai duit sendiri bayar bulan-bulan kat bank. sekarang ni pun gua dah berura-ura nak beli mac sendiri buat loan bank 10ribu bayar bulan-bulan 400 selama 5 tahun. tapi berbaloi ke? bukan sepatutnya tanggungjawab tu majikan gua kena uruskan.
entahlah.
jadi inilah luahan gua. lu orang yang baca nilaikanlah pengorbanan gua ni yang masih tak balik dah kul 8.30 malam sebab bebudak opis masih nak guna printer untuk print carta organisasi 5S esok. kalau pakai pc opis dah lama gua balik. tapi sebab laptop. takkan gua nak tinggalkan kot. tunggu ajelah sampai habis.
"oii cepat la print tu. gua nak balik mandi ni?"
Cian gak kalu bila aku bace cite kow ni,
ReplyDeletememang tak patut dia orang (ict) buat kat kow cam ni.
Tapi majikan kene perhati gak kerje kow ni, kalu satu shah alam dan selangor ni asal design aje kow kene buat, kira hebat dan tak patut dia orang layan kow cam ni.
Hai majikan yang prihatin tengok-tengokla banyak-banyak.
Kerja cam ni bukan sume orang tau buat tow.
Assalmualaikum,
ReplyDeleteDepan saya bincang lain belakang saya ini rupanya. Masyallah. Saya Pn Umi.
1st. anony
ReplyDelete- tq kerana prihatin.
2nd. anony (pn. umi)
- spt yg kita bincang dulu. hanya kita shj yang tau. 1500 kakitangan yang mintak design saya tak tau hal ini. hari-hari saya ditekan oleh lambakan kerja yang saya suka buat tapi tak dapat buat laju. seperti memiliki kuasa kancil tapi pelanggan nak pantas seperti BMW. semalam saya sepatut siap 5 design. tapi saya mampu 2 je. dan mendatangkan kemarahan banyak orang. ini kemampuan saya dan saya harap penerangan ini 'clear' kepada semua.
saya ada tanggungjawab perlu saya jawab. begitu juga ict. jadi sama-samalah kita berkerja ye pn.umi. saya harap hal ni tak berlanjutan panjang.
aku pun tumpang kesian jugak cerite ko ni bro.
ReplyDeleteyang aku paham pasal cerite ko ni
pihak ko
1. kalu ko dah tau yang ko tu ade bermacam - macam design, font, layout, gambar, hard disk nak penuh ke hape ke... then kenapa dari awal ko tak buat BACKUP-DATA? tak kan seorang pereka tak mampu nak beli external hard disk? kate ko sorang je je pereka utk s.alam dan selangor (aku petik dari ko punye ayat)
2. kenapa ko pulangkan balik peralatan komputer ko kat ict? then ko kate kerja ko jadi lambat di sebabkan laptop yang ko pakai... so ko tak kan nak salahkan ict dan buat ict jadi punca jadi kerja ko jadi lambat? ko pun tentu tahu yang barang elektronik ni kite tak tau jangka hayat die boleh tahan sampai bila... ni ko tengok balik ayat ko ni..
3. gua tak jamin pc gua kembali normal sebab pihak doktor tak membaik pulih pun 'kipas' yang rosak di dalam motherboard tu. jadi gua anggap mereka hanya 'bypass' je jantung pc tu. bukan menukar ke set jantung yang baru.
mane ade orang baik pulih kipas? ape kaitan kipas dengan data yang ko nak tu? masalah di sini yang aku tengok ialah data dalam hard disk ko ko frust tak dapat tu...
3. ni lagi ayat ko ni...
2. nak print design saiz A3 sangat teruk. gambar ada line. image yang keluar hancur-hancur. kadang-kadang printer bagi respon error plak. sebabnya gua takde installer yang sesuai untuk printer tu. entah la gua pun malas nak pikir banyak sebab error ni. asal keluar gambar sudah.
setahu aku la(aku ni bukan la pandai mane pun) installer ni bukan boleh download dari internet ke? download kan senang. amek je jenama printer tu kemudian search je dalam internet. Mudah + ringkas + pantas.
then kesimpulan yang aku dapat dari ape yang aku bace ni untuk bahagian ko ialah ko frust sesangat sebab banyak data ko yang tak dapat di selamatkan segala data yang ko pakai hari - hari dek angkara kesalah ko sendiri yang tak ada alternatif lain untuk backup data dalam hard disk ko... pastu ko salahkan kepada ict yang mana membuatkan ko jadi lambat kerja... betol tak? kalu ade salah bagitau la ye...
pihak ict
1. dah periksa betul - betul ke pc mamat ni? kalau da periksa then kenapa tiada seorang pun bagitau keadaan sebenar pc mamat ni? at least bagitau la kipas kat pc die tu da mati ka then sebab itulah hard disk jadi 0 not found ke ape ke...
2. ict ni ramai ke sikit staff die? tak semua p makan kot? tak semua p tingkat 3 kot? tak kan semua keluar semua kot? tak kan semua staff ict tak perihatin kat mamat ni. korang kesian kan die dan korang tengok ayat die tu (lu bayangkanlah gua seorang sahaja designer yang bekerja untuk shah alam dan selangor dengan design dah keluar dalam paper, kat billboard, kat majalah) mamat ni SEORANG SAHAJA yang reka semua design utk s.alam & selangor... mau tak letih nak buat semua... kesian ko bro...
then kesimpulan yang aku dapat dari ape yang aku bace ni untuk bahagian ict, korang perihatin la kat mamat ni. kesian die nak buat design utk semua (s.alam & selangor). korang tolong la ape yang patut macam ganti atau belikan pc yang die nak tu. Pc MAC yang dia idamkan tu, tak korang nak bagi die buat loan semata - mata nak beli Pc MAC yang mahal tu then sekalikan la mamat ni dengan external harddisk, nanti kemudian hari tak de perkara macam ni jadi lagi
so untuk kedua - dua belah pihak saya nasihatkan supaya (saya ada tanggungjawab perlu saya jawab. begitu juga ict. jadi sama-samalah kita berkerja ye pn.umi. saya harap hal ni tak berlanjutan panjang.) aku petik ayat ko bro...
sekian...
sebelum ni saya ingin memberitahu bahawa
komen ini hanya sekadar menegur mana yang silap dan tidak ada salahnya saling menegur kejalan kebaikan.Akhir kata ambil lah yang baik dari saya dan buanglah apa-apa yang tidak baik dari komen saya ini,Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.Jika ada apa-apa kesilapan fakta ,nas dan sebagainya silalah perbetulkan supaya kita dapat keberkatan dan rahmat di dalam melakukan tugas seharian kita...
WASALAMUALAIKUM…….
kesiann
ReplyDeleteramai yg tak faham rupanya terutama anonymous (yang bercerita tanpa kenalkan diri. boleh fahamkan diri anda di http://eiyoei.blogspot.com/2010/04/dugaan-dalam-penulisan.html
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletejwpn utk teratak (yg telah diremoved):
ReplyDeletegua design utk selangor free. gov byr gaji. gua bukan agensi design logo bole charge RM500. gua keje sampai pagi pun dpt ot 3-4 ratus je sebulan. gua tak bole buat keje luar time opis. salah tu. nak buat part time pas kul 5. tapi gua ada family. keje duit byk tapi family tunggang langgang tak betul jugak.
bab printing gua ada 3 bos. bos kecik. bos besar sket dan pengarah. lu ingat senang ke nak bagi job kat orang kalau kita ada bos. suplier tanak jumpe orang kecik macam gua. baik dia jumpe bos.
gua xde masalah nak beli mac sendiri. dah usha pun dlm 5ribu kalau beli seken. tgk la camne. rasanya better gua upgrade ram laptop ni jadi 4gb kalau murah.
tq bg komen. walaupun lu dah removed sekurangnya gua jawab gak bagi lu clear.
Untuk Satu-Satunya Pereka kat Shah Alam dan Selangor
ReplyDeleteSalam bro,
Sorry tu say la, gua rasa lu ni syok sendiri, tak pernah lak gua dgr motherboard pakai kipas, processor adalah.
Lu jgn jd designer kalau tak boleh nak balik mlm, baik mohon jd pembantu tadbir... tu pun kdg2 kena balik lewat..bersyukurla dpt keja gomen...
Laptop apa lu beli..??? kata terrer, takkan tak tgk spec laptop masa beli, brp designer kat SHAH ALAM & SELANGOR yg pakai laptop pun takde masalah..
Lama sgt ke nak install software??? Gua ingat lu ni tak tau apa2 pun...biar tak pandai tp jgn memandai...
Lu ni pun satu bro, dah tau lu ni tak reti nak buat back up, nape simpan file kat my document dan desktop...takkan gua nak ajar....?? kalau jd apa2 mmg takleh back up...amenda lu cerita ni bro..?
Hebat sgt lu cerita pasal diri lu, tak pernah pulak gua tgk dlm BULETIN UTAMA atau TEMU JANJI dan PERSONALITI kat Astro Awani yg selalu cerita pasal org melayu yg hebat...
Gua pun tak kenal lu, tp kalau dari cerita lu yang riak biasanya org mcm ni mmg takde pa pe pun.
Kesimpulannya ckp biar ada fakta, jgn ckp ikut emosi...bersyukur apa yg kita ada..takkan la ict tu takde satu yg betul, lu sorang jer yg betul...
Lagi satu lu kata, lu cuma ada logo MBSA jer, pastu pulak design 2009 yg takde, mana satu bro??? Sebelum tu takkan takde apa2 langsung..??? Atau sebelum tu lu langsung tak buat keja ke??? Mkn gaji buta??? Masya-Allah...? Dosa tu bro...jd darah daging nanti...
Utk ict, bg la apa yg dia nak...nanti rugi lak Shah Alam dan Selangor...takyah la berpanjangan citer ni, yang malu MBSA & SUK gak mcm takde duit lak jika nak dibandingkan ngan pembangunan yg dibuat.
Ok la bro tak larat gua nak komen w'pun byk lg...fikir2 kan lah...tp rasa nya lu akn remove wa punya komen...suka hati la bro...nanti gua cc komen kat bloggers jabatan lu..anyway gua minta maaf byk2 kalau ada hati yg terguris.....
Tq & regards
gua punye blog. suka gua la nak tulis ape. ada gua kacau life lu. yang lu nak mengamuk kat gua tak tentu pasal ni kenapa. bebudak lain ok je.
ReplyDeletekalau lu tak paham call gua. nanti gua kasi terang. dah la tak membantu gua buat kerja. lagi nak salahkan gua itu ini.
kalau nak komen biarlah membantu.
"en ajua, saya boleh bantu masalah anda call saya 019..." barulah sedap.
kalau lu nak tau cerita sebenar eloknye jumpe depan2 bukan cakap merapu2. fitnah namanya.
cuma gua nak cakap,
entry tu gua tujukn kpd pegawai2 kerajaan dan agensi swasta yg mintak design gua untuk program diorang. nak mintak agensi swasta buat mahal, gua buat free je. sebab gaji gua kerajaan bayar. SUK selangor takde designer. jadi diorang rujuk gua jugak untuk buat design mereka. ada faham.
pihak ict pun tak sepatutnya marah gua sampai perli2 staff jabatan gua kalau tak tau cerita sebenar. gua hanya bercerita pasal KERJA dan TANGGUNGJAWAB. gua takde usik sapa2. gua cerita hal sebenar. kalau masuk mahkamah pun insyallah bole menang dengan bukti gua ada.
gua komited dengan kerja design dan semua org kat opis tau hal ni. kalau tak takkan SUK selangor mintak design, tourism selangor mintak design, masjid negeri, tv3, tv9, bharian, pkns, jabatan2 lain mintak design percuma dengan gua.
sebab gua bekerja percumalah semua org suka. gua tak pernah charge design kalau org mintak tolong. org nk mintak email logo ke hapa anytime.
jadi gua harap nak komen biar bernas dan membantu.
kalu tak faham boleh baca kat sini kasi faham
dugaan dalam penulisan
Lain kali kalau tak boleh terima komen jgn jd bloggers..emosional tak tentu pasal
ReplyDeleteLu tau ke apa maksud fitnah..?? Masuk balik sekolah nanti uztaz ajar...??
"Jangan baca kalau tak paham" putar alam kot...kalau tak baca mana nak faham..?? Bila tak faham bg komen...contohila che det nya blog ye bro baru boleh jd bloggers
Lu tau ke maksud mengamuk??? Amok pun dah jd international words, gua rasa lu pun tak tau..kalau gua mengamuk dah lama lu jd lunyai..itu maksud mengamuk...belajar lg kat sekolah...
kalau kena nak telefon en ajua, baik takyah ada blog...agak2 nya berapa ramai bloggers dan pembaca call each other dlm malaysia ni, apa guna ruangan nasi tambah tu bro? Byk sgt la yg lu tak phm
"gua komited dengan kerja design dan semua org kat opis tau hal ni. kalau tak takkan SUK selangor mintak design, tourism selangor mintak design, masjid negeri, tv3, tv9, bharian, pkns, jabatan2 lain mintak design percuma dengan gua"...... huhuhu dasyatnya tv3, tv9, berita harian mintak design dgn lu..???atau MBSA nak masukkan iklan kat sana? Utk pengetahuan lu bro, BIG TREE salah satu adv co. bwh media prima tak perlu nak mintak design dari lu...apsal pulak lu keja dgn MBSA nak TOLONG buat design FREE utk TV3, TV9 & BERITA HARIAN...?
belajar la lg, dan belajar menerima teguran, gua tgk blog lu ni lebih kpd memuji diri lu sendiri tak boleh org lain bg nasi tambah...baik lu tulis diary..takde sape nak baca...
ok la rasanya byk gua dah bg jwp yg membantu lu bg faham dan BERNAS....bye bye
hehe.. lu ni lawak la. dah la komen tak membina pastu tak paham cerita. gua buat design promosikan program mbsa untuk orang datang ramai-ramai. dah mesti la gua hantar design gua kat semua tempat termasuk media untuk promosi. jadi setiap program yg nak promosi utk masuk kosmo contohnya ada ukuran. jadi pihak media akan mintak gua designkan utk petak tu. sama juga untuk elektronik board atau bhn percetakan tourism selangor.
ReplyDeleteblogger profile pun not available. jadi gua anggap lu tikam pastu ngorok. takut. sebab tu gua ajak jumpe kalau lu tak faham ape cite sebenar.
lu ni mcm kebanyakan orang. baru baca tajuk dah buat spekulasi macam-macam. pastu tak faham cerita buat-buat tau semua. nape tak tanye betul-betul pada tuan empunye kan senang. ni yang lu tulis. yang belakang2 cerita gua tak tau. hari jumaat ni wei. nanti la gua buat satu entry cerita yang buat semua orang paham
Untuk Ajua... ko salah sebab x burn semua harta benda ko lam dvd... itu je..
ReplyDeletekepada spot:
(Sorry tu say la, gua rasa lu ni syok sendiri, tak pernah lak gua dgr motherboard pakai kipas, processor adalah.)...ayat Spot..
ko lagi r.. processor tuh cuma cip... atau benda yg besar macam perentak jantung tuh.. tampal je kt motherboard.. yg adab kipas tuh.. motherbord n x semua motherboad ada kipas ok.. motherboad model foxcon ada kipas...
SO.. Sape nak comment n bg pendapat n tunjuk pandai kt sini.. sila chek dulu apa yg anda nak commnt.. skian. terima kasih..