pada bulan april 2010 pelbagai aktiviti yang syok telah dirangka bagi memeriahkan suasana shah alam yang bosan - kata warga muda. kami di majlis sangat prihatin degan masalah warga muda yang tak habis-habis dengan hiburan dan berambut kuning ini.
jadi pada minggu ini dato' harun din al-hafiz yang ada klinik kat bangi tu akan ada kuliah tasawwur islam pada jumaat ni di masjid negeri. lepas maghrib.
sabtu ni lagi best. ada program rekreasi budaya sihat yang memberi peluang warga muda shah alam berkumpul dan bersukaria di majlis yang berlangsung 2 hari itu. majlis yang dirasmikan oleh yb. yaakob sapari ini turut menampilkan selebriti terkemuka tanah air yang semua orang kenal. upin dan ipin! tak perlu bawak pen untuk otograf sebab upin ipin hanya muncul di wayang pacak je.
selain itu ada juga pertandingan kompang, kayak, larian tasik, senam-senam, pukul-pukul (martial art), pertunjukan bot remote kontrol, dapat kupon A&W lagi. macam-macam acara menarik menanti anda disana.
suka! seronok! terkinja-kinja sampai nak ambik cuti hari jumaat sebab nak ke sana? terpulang kepada anda.
pada mereka yang suka sukan lasak yang memerlukan stamina yang tinggi. apa kata anda sertai selangor shines HUNT yang berlangsung pada 24 april ini. untuk makluman anda, sambutan sangat menggalakkan dan tempat terhad.
acara 2 hari 1 malam ini akan meliputi perjalanan sehingga sungai besar dan sekinchan. terbahagi kepada 3 kategori dan johan bagi kategori terbuka adalah RM3,000. kalau menang bagi 4 sorang dapat RM750. tolak duit minyak, makan, baju semua.. ahh.. balik modal la...!! apa tunggu lagi.. tanak duit ke?
download risalah ini dan edarkan kat kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment
Nasi tambah