Tuesday, February 2, 2010
chap goh mei 2010
sambutan tahun baru cina yang akan berlangsung di i-city seksyen 7 shah alam telah bertukar kepada pesta chap goh mei 2009.
pertukaran ini dibuat kerana aku difahamkan pihak tourism selangor akan mengadakan sambutan tahun baru cina ini di jenjarom selangor.
jadi takkan nak buat 2 kali benda yang sama.
so pihak kerajaan negeri selangor mencadangkan di i-city seksyen 7 akan diadakan pesta chap goh mei. macam biasa kat sana ada nyanyi-nyanyi, jual-jual, bunga api, tarian singa dan banyaaakkk lagi.
apa itu chap goh mei?
15 hari selepas tahun baru cina adalah hari chap goh mei. ia juga adalah perayaan penutup bagi tahun baru cina pada tahun tersebut. pada hari tu akan dibakar colok besar-besar, makan besar bersama keluarga. bunga api dan tanglung juga akan dibakar malam tu.
pada hari chap goh mei tu juga sapa-sapa yang single bolehlah dress cantik-cantik. pakai minyak wangi banyak-banyak. beli limau mandarin pastu tulis nombor telefon ke alamat ke email ke dan bertukar dengan sapa-sapa yang berkenan.
mana tau ada jodoh ke.
kalau takde sape yang nak bertukar buah limau dengan korang sebab muka out. atau dress tak kena. atau perangai macam puaka. pergilah ke port klang atau morib dan balinglah buah limau kat laut. mana tau kot ada jodoh dengan kapten kapal ke, duyung ke atau dengan tom hank (dalam cerita castaway). jangan korang terjun dengan limau sekali pulak sebab muka out pastu mulut macam puaka. bunuh diri adalah dilarang dalam agama islam.
jodoh, ajal maut di tangan tuhan. tak try kita tak tau. jangan sebab malam chap goh mei tak dapat tukar buah limau nak mengamuk satu pekan. tak betul tu. berjuta pasangan lain kenal pun bukan sebab malam chap goh mei. ada yang kenal pada hari raya. hari kenduri kahwin. malam tahun baru dan banyak hari lagi.
ini sekadar sambutan dan menurut fahaman orang cina.
jadi anda semua digalakan untuk datang solo pada malam 27 februari 2010. mana tau untung-untung sabut timbul. untung-untung batu tenggelam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Nasi tambah