Tuesday, January 5, 2010

pekan frinjan - menolak perkauman



Seperti tahun-tahun sebelum ini Pekan Frinjan kembali dengan tema - menolak perkauman.

pada : sabtu 9 januari 10
masa : 5 petang sampai tengah malam
tempat : dataran shah alam (menara jam kuning tu)

dihoskan oleh MC Fazleena Hishamudin

persembahan muzik oleh
Carburator Dung, Couple, Tilu, Azmyl Yunor, Aria, Tri, Keladak, Menyamin ahh banyak lagi la yang perform.

persembahan puisi oleh
Zhafir, Marina Rafar, Faizal Mustaffa dan ramai lagi. teristimewa... Nurul Izzah Anwar.

persembahan teater oleh
paradoks teater dan fahmi fazli

macam biasa ada gerai-gerai peniaga muda yang  jual buku-buku dewasa, baju kanak-kanak comel, aksesori wanita yang kilat-kilat, spotrim baru saiz 16, cd lagu, dvd cerita dan banyak sangat lagi.

ada juga kaunter pendaftaran pengundi, khidmat guaman dari pusat bantuan guaman negara dan macam-macam lagi yang korang susah nak jumpa di gerai sureheboh!

acara ini disokong oleh
rakan frinjan, tourism selangor, mbsa dan ram (republik anak muda)

sila rujuk
http://www.frinjan.net/
http://www.facebook.com/event.php?eid=222205060882

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah