Tuesday, December 22, 2009

sambutan tahun baru di shah alam

[POSTER UPDATE]

setelah diluluskan oleh YAB dato' menteri besar selangor sebentar tadi. maka dengan rasminya inilah poster sambutan tahun baru di shah alam yang akan diadakan di i-city seksyen 7.

di mana i-city?
orang KL : ikut federal highway keluar exit seksyen 7 shah alam (puspakom). nak exit tu ada signboard besar i-city belah kiri. pastu follow signboard.
orang Klang : ikut federal highway sampai jumpa tol sungai rasau. pastu susur kiri ke seksyen 7. dari tol sungai rasau dah nampak bangunan atas bukit belah kiri. kalau jalan malam memang bermandikan cahaya tempat tu.
orang shah alam : jalan nak pegi jusco klang ikut seksyen 7. nampak signboard, lu follow signboard.

ada artis ke?
ofkos! dengar kata HUJAN ada perform. dengar kata juga YUNA ada perform. korang datang je la. Faizal tahir pun ada ura-ura gak. Anuar zain pun dengar cerita tengah bincang dengan manager. black eyed peas pun dah 80% setuju nak datang. haa.. aku tak janji apa-apa lagi tapi bunga api memang ada malam tu. siap pertunjukan laser lagi. rugi tak datang.

sapa datang petang ada bermacam pertunjukan disediakan. antaranya seniman jalanan (mcm basking), pertunjukan drum pelbagai bangsa, expo jualan dan merasa salji di malaysia bolehlah datang awal.

teruja?
apply cuti cepat-cepat. sebelum borang cuti kehabisan stok!

"apa lagi? apa lagi..?" jerit maya karin keterujaan.

rindukan MB selangor? dia datang malam tu.
nak salam dengan ronnie liu? dia tunggu anda malam itu.

poster ini boleh diedarkan ke seluruh malaysia. letaklah di desktop pc anda. lekatkan di lif bangunan anda sebanyak mungkin. alang-alang nak cetak risalah pinjaman along, cetak sekali poster ini dan edarkan di bakul motor dan wiper kereta.

tak nak tengok black eyed peas perform live ke?
atau
anuar zain dengan lagu 'mungkinkah aku datang'!

sebarkan.. sebarkan..!!!

p/s : sapa nak image dalam pdf atau ai email aku.

No comments:

Post a Comment

Nasi tambah